Oleh: Harun Yahya
Al-Quran telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung
yang sangat penting.
“Dan Kami jadikan di bumi ini gunung-ganang
yang teguh supaya ia tidak bergoncang bersama mereka....” (Al-Quran 21: 31)
Seperti yang telah kita lihat dalam ayat di atas bahawa
gunung-gunung memainkan peranan untuk mengelakkan goncangan pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapa pun di saat Al-Quran
diwahyukan. Ia menjadi sebuah fakta yang hanya diketahui hari ini melalui
penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah
timbul hasil daripada pergerakan dan pertembungan bongkah daratan yang besar
membentuk kerak bumi.
Apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang
kuat akan menggelongsor ke bawah dan yang di atas akan melengkung dan membentuk
kawasan tinggi dan gunung-ganang.
Lapisan yang di atas akan terus ke dasar bumi dan
membentuk ketegangan di bahagian bawah. Akibatnya, seperti yang dinyatakan,
pergunungan mem-punyai bahagian memanjang ke bawah yang sama besar dengan
bahagian atas yang tertonjol di permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang
diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua yang lebih tebal, seperti mana
perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Dalam sepotong ayat, peranan gunung-ganang dijelaskan
dengan membandingkannya sebagai “pancang”:
“Bukankah Kami telah menjadikan
bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pancang?” (Al-Quran 78:
6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, menggenggam lapisan
pada kerak bumi bersama melalui sebuah “pancang” yang memanjang dari atas ke
bawah permukaan bumi dan selanjutnya menghubungkan semua lapisan di dasar bumi.
Melalui cara ini, ia menetapkan kedudukan kerak bumi dan
menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama
lapisan lain.
Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila
kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusasteraan
saintifik dengan istilah “isostasi”. Definisi isostasi;
“Keseimbangan di dalam kerak bumi dikekalkan oleh sebuah
kandungan material batu-batan di dasar permukaan di bawah tekanan graviti.”
Peranan penting gunung-ganang yang ditemui melalui hasil
kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah
dijelaskan dalam Al-Quran berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan.
Dalam ayat lain Al-Quran menyebut;
“.....dan Dia menciptakan
gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…” (Al-Quran 21:
31)
No comments:
Post a Comment