Pages

Friday, 14 June 2013

: : Kulit : :

Keberadaan reseptor sakit pada kulit manusia
Oleh: Dr Zakir Naik



Sebelum ini, manusia menanggap bahawa deria rasa dan deria sakit hanya bergantung pada otak. Namun, penemuan akhir-akhir ini membuktikan bahawa terdapat reseptor sakit yang wujud dalam kulit manusia; di mana tanpa reseptor ini, seseorang tidak dapat merasai kesakitan.

Apabila doktor memeriksa pesakit yang mengalami kecederaan kebakaran pada kulit; doktor akan mengesahkan tahap kecederaan dengan mencucuk pin pada kulit pesakit tersebut.

Sekiranya pesakit merasai kesakitan, doktor akan berasa sedikit lega; kerana ia membuktikan bahawa tahap kecederaan masih kecil manakala reseptor sakit pada kulit masih utuh.

Sebaliknya, jika pesakit tidak merasai apa-apa kesakitan, ia menunjukkan bahawa berlaku luka yang dalam atau kecederaan serius pada kulit. Selain itu, reseptor sakit pada kulit juga telah musnah.

Berhubung kewujudan reseptor sakit ini, kitab suci Al-Quran telah memberi petunjuk di dalam ayat ke 56, surah yang ke 4, yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami (Al-Quran), Kami akan bakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
[Al-Quran 4:56]

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi, Universiti Chiang Mai, Thailand, telah menghabiskan sejumlah besar masa dalam penyelidikan terhadap reseptor kesakitan ini. Pada awalnya beliau tidak percaya bahawa Al-Quran telah menyebut fakta saintifik berkaitan reseptor sakit ini 1400 tahun yang lampau.

Namun, setelah beliau sendiri bertindak memeriksa Al-Quran melalui terjemahan, beliau telah mengesahkan keberadaan ayat tersebut. Prof. Tagatat begitu kagum dengan ketepatan saintifik ayat Al-Quran.

Ketika Persidangan Perubatan Saudi ke 8, di Riyadh, Arab Saudi, Prof. Tagatat telah mengisytiharkan di hadapan khalayak ramai bahawa: “Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”. La ila ha illaLah, Muhammadur RasululLah

Terjemahan: Mohd Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...