Harta Simpanan Syurga
Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a, bahawasanya
Nabi saw pernah bersabda kepadanya,
"Katakanlah: la hawla wala quwwata illa
billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) kerana
sesungguhnya ia merupakan salah satu harta simpanan di syurga."
[Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud,
at-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah]
Dan diriwayatkan oleh al-Hakim, dan ia
berkata,”Sahih, tidak ada cacatnya, dan lafaznya sebagai berikut; bahawasanya
Rasulullah saw telah bersabda:
Maukah aku ajarkan kepadamu- atau tunjukkan
kepadamu; suatu kalimat yang berasal dari bawah Arasy, termasuk simpanan di
syurga? Iaitu kamu mengucapkan: la hawla wala quwwata illa billah (tiada
daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)”
[Riwayat al-Hakim]
Dari Abu Dzar r.a, ia menuturkan,
“Aku pernah berjalan di belakang Rasulullah
saw, lalu beliau bersabda kepadaku, ‘Ya Abu Dzar, maukah aku tunjukkan kepadamu
salah satu harta simpanan syurga?’ Aku menjawab, ‘Tentu’. Beliau lalu bersabda:
la hawla wala quwwata illa billah (tiada
daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)"
[Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Ibnu
Abi ad-Dunya]
Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib/
Kitab Zikir
No comments:
Post a Comment