Pages

Tuesday, 18 June 2013

: : Darwinisme (Teori Evolusi) : :

Darwinisme (Teori Evolusi) 
Oleh: Harun Yahya


Darwinisme

Darwinisme atau lebih dikenali sebagai teori evolusi hanyalah sekadar sebuah falasi non-sainitifik, yang dikemukakan dengan tujuan untuk menafikan kebenaran penciptaan, dan sehingga kini masih gagal untuk diusahakan.

Teori ini mendakwa bahawa kehidupan muncul dari materi (bahan-bahan) bukan-organik melalui siri-siri kebetulan; adalah pada asasnya ditolak oleh penjelasan fakta-fakta penciptaan alam semesta oleh Tuhan. Tuhan yang menciptakan dan memerintah alam ini terlihat dalam penerangan terperinci yang sangat jelas.

Dalam hal ini, teori evolusi yang mendakwa bahawa hidupan bukan dicipta oleh Tuhan sebaliknya sebagai hasil kebetulan, selamanya tidak akan menjadi suatu kebenaran.

Suatu yang lazim, apabila menjalankan penyelidikan ke atas teori evolusi, kita akan melihat di sana bahawa sebenarnya ia telah pun terbatal melalui penemuan saintifik kontemporari.

Struktur yang terdapat di dalam makhluk hidupan didapati lebih kompleks dan sangat menakjubkan berbanding dunia bukan hidupan (material). Sebagai contoh kita dapat membuat pemerhatian ke atas sensitiviti keseimbangan atom yang tersusun dalam dunia bukan-hidupan.

Namun, kita boleh melihat betapa rumitnya struktur atom-atom ini yang terdapat di dalam makhluk hidupan dan kita juga boleh belajar keajaiban mekanisme yang terbentuk olehnya, seperti protein dan sel.

Dan mekanisme luar biasa ini telah membatalkan teori evolusi di akhir abad ke-20 ini.

“Kehidupan Lahir Dari Kehidupan”


Di dalam bukunya, Darwin tidak pernah menyebut mengenai asal usul hidupan. Pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya menganggap makhluk hidup hanya memiliki struktur yang ringkas.

Menurut teori yang dikenali sebagai ‘generasi spontan’ yang dipercayai sejak Zaman Pertengahan, adalah dipercayai bahawa zarah bukan-hidup akan berpadu bersama secara sembarangan dan membentuk sejenis organisma hidup. Contohnya, umum (ketika itu) mempercayai bahawa lalat terhasil melalui sisa makanan dan tikus pula daripada gandum.

Eksperimen yang menarik telah dilakukan untuk membuktikannya. Sedikit gandum ditabur ke atas percaan kain buruk yang kotor dan dipercayai bahawa tikus akan menjelma daripada kombinasi itu setelah beberapa lama.

Melalui cara yang sama, daging yang berulat dijadikan bukti kepada generasi spontan. Sebaliknya, setelah difahami kemudian; barulah diketahui bahawa ulat-ulat itu sebenarnya tidak wujud secara spontan, tetapi sebenarnya adalah larva yang ditinggalkan oleh lalat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Waktu Darwin menulis bukunya The Origin of Species, kepercayaan bahawa bakteria boleh wujud dari benda bukan organik (bersifat hidupan) mendapat penerimaan luas dalam dunia sains.

Bagaimanapun lima tahun setelah penerbitan buku Darwin, ahli biologi Perancis terkenal Louis Pasteur, secara terperinci memusnahkan kepercayaan ini yang merupakan asas bagi evolusi.

Sebagai kesimpulan dari kajian yang panjang dan pemerhatiannya, Pasteur sampai kepada keputusan dengan perkataannya, “Dakwaan bahawa benda yang mati boleh melahirkan kehidupan telah dikubur dalam sejarah untuk selama-lamanya”.

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkannya air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa).

[Al-Quran 2: 21-22]

 Sumber: Keajaiban Al-Quran/ Harun Yahya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...