Keutamaan Membaca Surah al-Ikhlas
Rasulullah saw bersabda:
“Berkumpullah kerana
sesungguhnya aku akan membacakan kepada kalian sepertiga al-Quran.” Lalu
berkumpullah mereka yang berkumpul.
Kemudian Nabi saw
keluar dan membaca, “Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas)”, lalu beliau
masuk. Kemudian di antara kami ada yang berkata kepada yang lain, “Sesungguhnya
aku berpendapat ini adalah khabar yang datang dari langit. Itulah yang membuat
beliau masuk.”
Setelah itu Nabi saw
keluar dan bersabda, “Sesungguhnya aku telah mengatakan kepada kalian, aku akan
membacakan kepada kalian sepertiga al-Quran. Ketahuilah bahawa ia (surah
al-Ikhlas) setara dengan sepertiga al-Quran”
Dari Abu ad-Darda’ r.a, dari Nabi saw,
beliau bersabda:
“Apakah salah
seorang dari kalian tidak mampu untuk membaca dalam satu malam sepertiga
al-Quran? Mereka menjawab, “Bagaimana ia bisa membaca sepertiga al-Quran?”
Beliau bersabda, “Qul huwallah ahad (Surah al-Ikhlas) itu sebanding
dengan sepertiga al-Quran.”
Di dalam sebuah
riwayat disebutkan, “Sesungguhnya Allah ‘azzawajalla membahagi al-Quran
menjadi tiga bahagian, lalu Dia menjadikan Qul huwallah ahad (Surah
al-Ikhlas) sebagai satu bahagian dari bahagian-bahagian al-Quran.”
[Hadis Riwayat Muslim]
Dari Aisyah r.a:
“Bahawasanya Nabi saw pernah mengutus
seseorang sebagai pemimpin pasukan perang (tanpa beliau). Ia selalu menjadi
imam dalam solatnya kepada pasukannya, lalu ia menutup (bacaannya) dengan Qul
huwallah ahad (Surah al-Ikhlas).
Setelah mereka kembali, mereka melaporkan hal
itu kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda, ‘Tanyakanlah kepadanya, untuk apa
ia melakukan hal itu?’ Maka mereka pun menanyakannya, dan ia menjawab, ‘Kerana
ia merupakan sifat yang Maha Pengasih, dan saya senang membacanya’. Maka Nabi
saw bersabda, ‘Sampaikan kepadanya bahawasanya Allah mencintainya’.”
[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasai]
Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib/
Syeikh Nashiruddin al-Albani
good sharing...thank
ReplyDeletesama-sama..semoga bermanfaat..
Delete