Penerbangan Burung
oleh: Dr Zakir Naik
Berhubung dengan penerbangan burung, Kitab
suci al-Quran menyebut:
“Tidakkah
mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di
angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; Sesungguhnya
pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
kaum yang beriman.”
[Al-Quran 16:79]
Mesej yang sama
diulang di dalam Al-Quran pada ayat berikut:
“Patutkah
mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung
yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung
itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada
jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat
serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
[Al-Quran 67:19]
Perkataan Arab amsaka
bermaksud 'untuk meletakkan tangan seseorang pada, atau menyita atau memegang atau
memegang seseorang kembali,' yang mengungkapkan idea bahawa; Allah memegang (mengawal) burung
dalam kekuasaan-Nya. Ayat-ayat ini dengan jelas menegaskan tentang kebergantungan
yang amat rapat antara tingkah laku burung dengan perintah Ilahi.
Data saintifik moden
telah menunjukkan tahap kesempurnaan yang telah dicapai oleh spesis tertentu
burung berkenaan dengan pemprograman pergerakan mereka. Kewujudan program
migrasi dalam kod genetik burung ini mampu menjelaskan perjalanan yang panjang
dan rumit sekalipun kepada burung yang sangat muda, tanpa apa-apa pengalaman
dan tanpa sebarang panduan. Bahkan, burung-burung tersebut juga dapat kembali
ke tempat asal mereka berlepas pada tarikh yang tepat.
Prof Hamburger di dalam
buku beliau yang bertajuk ‘Power and Fragility’ memberikan contoh berkenaan
‘Mutton-Bird’ (burung kambing) yang hidup di Pasifik dengan melakukan perjalanan
lebih 15,000 batu dalam bentuk angka '8'. Burung-burung ini membuat perjalanan dalam
tempoh 6 bulan dan dapat kembali ke tempat asal berlepas dengan kelewatan
maksimum selama satu minggu.
Arahan (panduan) yang sangat
rumit bagi perjalanan sejauh itu terkandung di dalam sel-sel saraf burung. Oleh
yang demikian, sudah tentu burung-burung tersebut telah diprogramkan. Justeru, bukankah
kita patut memikirkan tentang ‘identiti’ yang memprogramkan burung itu?
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: Quran & Science
No comments:
Post a Comment