Pages

Friday 21 June 2013

: : Keutamaan Surah al-Ikhlas : :

Keutamaan Membaca Surah al-Ikhlas 


Rasulullah saw bersabda:

“Berkumpullah kerana sesungguhnya aku akan membacakan kepada kalian sepertiga al-Quran.” Lalu berkumpullah mereka yang berkumpul.

Kemudian Nabi saw keluar dan membaca, “Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas)”, lalu beliau masuk. Kemudian di antara kami ada yang berkata kepada yang lain, “Sesungguhnya aku berpendapat ini adalah khabar yang datang dari langit. Itulah yang membuat beliau masuk.”

Setelah itu Nabi saw keluar dan bersabda, “Sesungguhnya aku telah mengatakan kepada kalian, aku akan membacakan kepada kalian sepertiga al-Quran. Ketahuilah bahawa ia (surah al-Ikhlas) setara dengan sepertiga al-Quran”

[Hadis Riwayat Muslim dan at-Tirmizi]

Dari Abu ad-Darda’ r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda:

“Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu untuk membaca dalam satu malam sepertiga al-Quran? Mereka menjawab, “Bagaimana ia bisa membaca sepertiga al-Quran?” Beliau bersabda, “Qul huwallah ahad (Surah al-Ikhlas) itu sebanding dengan sepertiga al-Quran.”

Di dalam sebuah riwayat disebutkan, “Sesungguhnya Allah ‘azzawajalla membahagi al-Quran menjadi tiga bahagian, lalu Dia menjadikan Qul huwallah ahad (Surah al-Ikhlas) sebagai satu bahagian dari bahagian-bahagian al-Quran.”

[Hadis Riwayat Muslim]

Dari Aisyah r.a:

“Bahawasanya Nabi saw pernah mengutus seseorang sebagai pemimpin pasukan perang (tanpa beliau). Ia selalu menjadi imam dalam solatnya kepada pasukannya, lalu ia menutup (bacaannya) dengan Qul huwallah ahad (Surah al-Ikhlas).

Setelah mereka kembali, mereka melaporkan hal itu kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda, ‘Tanyakanlah kepadanya, untuk apa ia melakukan hal itu?’ Maka mereka pun menanyakannya, dan ia menjawab, ‘Kerana ia merupakan sifat yang Maha Pengasih, dan saya senang membacanya’. Maka Nabi saw bersabda, ‘Sampaikan kepadanya bahawasanya Allah mencintainya’.”

[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, an-Nasai]

Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib/ Syeikh Nashiruddin al-Albani

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...