Keutamaan Berpuasa
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata,
Rasulullah saw bersabda:
“Allah berfirman,
‘Semua amal anak Adam adalah untuknya[1]
kecuali puasa, ia adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Puasa itu adalah
perisai, jika salah seorang di antara kalian berpuasa pada hari tersebut, maka
janganlah bercakap kotor dan jangan mengumpat. Jika seseorang mencelanya atau
menyakitinya, maka hendaklah dia berkata, ‘Aku sedang berpuasa, aku sedang
berpuasa’.
Demi Dzat yang jiwa
Muhammad berada di TanganNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih
harum di sisi Allah daripada aroma minyak wangi kasturi. Orang yang berpuasa
mendapat dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka ia gembira, dan
ketika dia bertemu Tuhannya dia bergembira dengan (pahala) puasanya.”
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah saw
bersabda,
“Puasa dan Al-Quran
memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari Kiamat. Puasa berkata, ‘Ya Rabbi,
aku menghalanginya (dari) makan dan syahwatnya maka berikan syafaat untukku
kepadanya’. Lalu Al-Quran pula berkata, ‘Aku menghalanginya tidur di malam
hari, maka berikan syafaat untukku kepadanya’. Sabda beliau saw, ‘Lalu keduanya
pun memberi syafaat.”
[Hadis riwayat Ahmad]
Dari Muadz bin Jabal r.a , bahawa Nabi saw
bersabda kepadanya,
“Maukah kamu aku
tunjukkan pintu-pintu kebaikan?” Aku menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.”
Beliau bersabda, “Puasa itu adalah perisai dan sedekah itu melenyapkan
kesalahan seperti air memadamkan api.”
[Hadis riwayat at-Tirmidzi]
Dari Abu Umamah r.a, di berkata,
“Aku berkata, ‘Wahai
Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amal yang dengannya aku masuk syurga.’
Rasulullah saw menjawab, ‘Berpuasalah, kerana puasa tidak ada yang
menyamainya.’
[Hadis riwayat Ibnu Hibban]
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw
bersabda,
“Barangsiapa
berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah menyelamatkan wajahnya dari
neraka dengan hari itu (sejauh) tujuh puluh tahun (perjalanan).”
[Hadis riwayat an-Nasai]
Dari Abu ad-Darda’ r.a, dia berkata,
Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa
berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah membuat antara dirinya dengan
neraka parit seperti antara langit dan bumi.”
[Hadis riwayat at-Thabrani]
Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib/ Kitab Puasa
No comments:
Post a Comment