Dialog
Islam & Kristian II
Dalam satu sesi soal
jawab bersama Dr Zakir Naik yang disiarkan oleh Peace TV, seorang pemuda
bernama Jerry Thomas telah datang mengemukakan beberapa soalan berhubung
ketuhanan Jesus a.s. Bagi memberikan pencerahan dan jawapan kepada soalan
pemuda itu, berlaku pertanyaan balas dari Dr Zakir. Berikut merupakan
sebahagian isi kandungan soal balas tersebut;
Dr Zakir : Apakah kepercayaan anda terhadap Jesus a.s, apakah dia
seorang nabi atau tuhan?
Pemuda : Saya percaya dia adalah tuhan.
Dr Zakir : Apakah hujah atau bukti anda, yang mengatakan dia (Jesus a.s)
adalah tuhan?
Pemuda : Saya percaya dengan kenyataan ini [John 14:6], “ Akulah
jalannya, kebenaran dan kehidupan”
Dr Zakir : Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ayat tersebut [John
14:6]?
Pemuda : Ia bermaksud yang dia (Jesus a.s) adalah jelmaan tuhan.
Dr Zakir : Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin
memberitahu anda bahawa di dalam keseluruhan Kitab Bible tidak terdapat satu
pun kenyataan yang menyebut bahawa- Jesus a.s sendiri berkata, “Aku adalah
tuhan” atau “Sembahlah aku”. Malah, jika anda
membaca Kitab Bible, Jesus a.s sendiri mengatakan:
“Bapa-Ku lebih besar
daripada Aku” [John 14:28]
“Bapa-Ku lebih besar daripada sesiapapun” [John
10:29]
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa roh
Tuhan..” [Mathew 12:28]
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa
Tuhan..”[Luke 11:20]
“Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai
dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menurut
kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia (Tuhan) yang mengutus Aku”. [John
5:30]
Di dalam [John 5:30] Jesus a.s telah berkata, “Aku
tidak menurut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia (Tuhan) yang mengutus
Aku”.
Sesiapa yang berkata, “jangan ikut kehendak manusia tetapi ikutlah
kehendak tuhan” adalah seorang Muslim. Justeru, Jesus a.s juga adalah seorang
Muslim. Selain itu, dia (Jesus a.s) tidak pernah menganggap dirinya tuhan.
Berbalik kepada kenyataan/ayat yang anda petik
untuk membuktikan hujah anda dari John 14:6 yang menyebut, Jesus a.s telah
berkata: “Akulah jalannya, kebenaran dan kehidupan” “Tidak seorang pun dapat
datang kepada Bapa kecuali melalui Aku”.
Sebenarnya, anda telah memetik ayat ini luar daripada
konteks.
Sekarang saya akan memberitahu anda konteks sebenar
bagi ayat ini. Anda boleh membuka Bible anda jika anda meragui saya.
Untuk konteksnya, anda boleh merujuk ayat 1, John
14 [John 14:1]. Ia menyatakan, Jesus a.s berkata: “Mengapa kamu takut?” “Jika kamu
percayakan tuhan, percayakanlah aku” “Di dalam mahligai Bapaku terdapat banyak
tempat kediaman” “Dan aku ke sana untuk
menyediakan tempat untuk kamu” “Dan apabila aku pergi, aku akan beritahu kepada
kamu”.
Kemudian Thomas bertanya: “Ke mana kamu akan
pergi?”. Dia (Jesus a.s) membalas “Kamu tidak tahu ke mana aku akan pergi?”.
Dia (Thomas) kata: “Tidak”. Dan dia (Thomas) berkata lagi: “Tunjukkan kami
jalan ke mana kamu akan pergi”.
Selanjutnya, Jesus a.s membalas: “Akulah jalannya,
kebenaran dan kehidupan” “Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali
melalui aku”.
Apabila Thomas bertanya kepada Jesus a.s tentang
jalan kepada tuhan, Jesus a.s lalu berkata: “Akulah jalannya, kebenaran dan
kehidupan” “Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku”.
Kita bersetuju dengan kenyataan Jesus a.s ini, bahawa
pada zaman seseorang nabi itu, setiap nabi adalah jalannya, kebenarannya dan
kehidupannya. Tidak seorang pun manusia dapat datang kepada tuhan kecuali dengan
jalan nabi tersebut.
Pada zaman Jesus a.s, saya bersetuju dengan
kenyataan Bible tersebut [John 14:6] bahawa Jesus a.s adalah jalannya, kebenarannya dan
kehidupannya. Tidak ada manusia yang dapat datang kepada Tuhan yang Maha Kuasa,
kecuali melalui ajaran-ajaran Jesus a.s.
Begitu juga, pada zaman Musa a.s. Musa adalah
jalan, kebenaran dan kehidupan. Pada zaman nabi Musa a.s, tidak ada manusia
yang dapat datang kepada Tuhan yang Maha Kuasa, kecuali melalui ajaran Musa
a.s.
Tetapi, dalam Bible Jesus a.s berkata [John 16:12-14], “Aku punyai banyak lagi
untuk memberitahu kepada kamu, tetapi kamu belum bersedia menanggungnya lagi,
kerana apabila dia semangat kebenaran (roh) itu datang, dia akan memberi panduan
kepada kamu tentang semua kebenaran” “Dia tidak bercakap dari kehendak dirinya sendiri,
apa yang didengarnya itu yang akan disebutkannya” “Dia akan tunjukkan kepada
kamu perkara mendatang, (dan) dia akan mengagungkan aku”.
(Roh yang disebutkan oleh Jesus a.s pada ayat [John 16:12-14] adalah merujuk kepada nabi Muhammad saw)
Pada masa ini, adalah zaman nabi Muhammad saw. Oleh
itu, dia adalah jalan, kebenaran dan kehidupan. Tidak ada seorang manusia pun
yang dapat datang kepada Tuhan melainkan melalui ajaran Nabi Muhammad saw.
Oleh
sebab Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir dan penutup bagi sekalian nabi,
pada waktu ini, tidak kira sama ada seseorang itu hidup di Amerika, di Kanada,
UK, India atau Arab Saudi, atau di mana-mana bahagian di dunia sekalipun, bagi
setiap manusia Nabi Muhammad saw adalah jalannya, kebenarannya dan
kehidupannya.
Tidak ada sesiapapun pada hari, yang dapat datang
kepada Tuhan yang Maha Kuasa melainkan melalui ajaran Nabi Muhammad saw.
Dan inilah yang semua kitab suci katakan
termasuklah Bible. saya berharap semoga anda mendapat cahaya kebenaran. Dan
kebenaran akan membebaskan anda (memandu anda ke arah jalan yang benar).
Sumber: YouTube
No comments:
Post a Comment