Pages

Friday 11 October 2013

: : Kedatangan Kedua Jesus a.s : :

Kedatangan Kali Kedua Jesus a.s


Baik Kristian mahupun Islam, kedua-dua agama ini percaya dengan adanya Jesus a.s. Namun, Kristian percaya Jesus a.s adalah Tuhan, sebaliknya Islam percaya Jesus a.s adalah Pesuruh (Rasul) Tuhan. Selain itu, Islam dan Kristian juga percaya dengan kedatangan Jesus a.s untuk kali kedua.

Berhubung kedatangan kali kedua Jesus a.s, Syeikh Ahmad Deedat telah dihadapkan satu pertanyaan oleh seorang penonton, apakah peranan Jesus a.s sempena kedatangan kali keduanya ini. Apakah Jesus a.s kembali untuk Muslim atau untuk Kristian? Ikuti penjelasan syeikh sebagaimana berikut:

Syeikh Deedat: Kristian mengatakan Jesus a.s akan kembali..Muslim juga mengatakan dia (Jesus a.s) akan kembali..

Kami (Umat Islam) percaya nabi kami Nabi Muhammad saw adalah nabi yang terakhir..

Justeru..tiada lagi nabi selepas beliau (Nabi Muhammad saw)..namun..apabila Jesus a.s kembali..dia adalah nabi..jadi bagaimana  dia (Jesus a.s) boleh kembali jika nabi terakhir (Nabi Muhammad saw) telah pun ada/datang?

Itu adalah masalah (persoalannya)..tetapi ia bukanlah masalah yang rumit..

Sebagai contoh..di dunia ini..berhubung Shah Iran..pada tahun 1953 beliau telah melarikan diri..dan dengan putar belit Amerika..mereka melantik semula beliau..

Katakanlah..jika beliau tidak kembali pada jawatan asal..dan Shah yang lain mengambil alih jawatan beliau..dan beliau kembali semula ke negara asal..dengan mendapat pengampunan..

Beliau kembali sebagai apa? Shah (Sultan)?..beliau memang telah mempunyai gelaran Shah..adakah beliau pulang sebagai Shah atau subjek kepada Khomenei?..(sudah tentu) beliau pulang sebagai subjek..

Berbalik semula kepada persoalan Jesus tadi..nabi tetap adalah seorang nabi..tugas nabi adalah menyampaikan ajaran, panduan atau bimbingan yang baru..namun..umat Islam sekarang tidak lagi memerlukan kepada ajaran yang baru..

Kerana Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 3 sebelum kewafatan baginda saw lagi:

“..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..” [Al-Quran 5:3]

(Ayat ke 3 surah al-Maidah ini telah menjelaskan bahawa Islam telah lengkap)..cukup..kita tidak perlu lagi kepada nabi yang lain..sama ada Jesus (nabi Isa a.s) atau Al-Mahdi untuk datang memberitahu..solat Maghrib 3 rakaat..kamu mesti lakukan 4 rakaat..

Kita tidak perlu orang lain untuk datang dan beritahu bahawa..kita mesti berpuasa 40 hari berbanding 30 hari..

Kita tidak perlu kepada sesiapa lagi untuk menyampaikan ajaran baru..Islam telah sempurna.

Semua yang Allah mahu berikan kepada kita, telah disampaikan melalui Al-Quran dan Sunah RasulNya.

Justeru, Jesus a.s akan datang untuk apa? Persoalan masih belum terjawab..dia (Jesus a.s) akan datang untuk lakukan apa?

Jawapannya ada dalam Kitab Bible..ia bukan masalah kita (Muslim)...ia adalah masalah Kristian..ia ada diterangkan dalam Kitab Bible..

Di dalam Gospel of St Matthew..bab pertama New Testament..

kita diberitahu..bahawa..dia (Jesus) bekata..”Ramai akan berkata kepadaku hari itu”..(iaitu kedatangannya ke-2..atau pada hari kiamat)..”Tuhan..Tuhan..” “Tidakkah kami membuat ramalan dengan nama mu? Dan dengan nama mu kami menghalau Syaitan?”

“Dan dengan nama mu kami lakukan pelbagai keajaiban/pekerjaan yang hebat? Tidakkah kami lakukan pelbagai perkara untuk kamu?” (kami menjaga pesakit kusta..bangsa-bangsa yang ketinggalan zaman..kami telah baptiskan mereka..kami bina rumah anak yatim..kami bina hospital..kami didik mereka..tidakkah kami lakukan semua ini dengan namamu)

Maka Jesus dalam menjawab soalan itu..telah berkata..”Maka aku akan berterus terang dengan mereka”..

“Aku tidak pernah mengenali kamu..pergi dariku..kamu semua pembuat kejahatan! Berambus  kamu sampah/karut..Aku tidak mengenali kamu..”

Itulah sebab kedatangan dia (Jesus a.s) kali kedua..untuk memberitahu Kristian bahawa mereka telah terpesong..

Siapa yang melakukan kerja kebaikan dengan nama Jesus? Adakah Muslim? Adakah kami (Muslim) membina rumah anak yatim dengan nama Jesus? Atau Buddha..Hindu atau Ateis..siapa yang melakukannya?

Kristian..mereka sebenarnya yang melakukan dengan nama Jesus.
Untuk sebab itu dia (Jesus a.s) akan kembali untuk membetulkan kepercayaan kamu (Orang-orang Kristain).

Islam sebaliknya tidak memerlukan lagi kepada ajaran baru..sekiranya tiba masanya Jesus dan Al-Mahdi datang..kami (Islam) mengucapkan selamat datang..

Sumber: YouTube
Terjemahan: Adaptasi dari Sunnah Rasul

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...