Pages

Sunday 17 November 2013

: : Jarak & Tempoh Menetap Bagi Musafir : :

Jarak Safar (Perjalanan)  & Tempoh Menetap (Bermuqim) Bagi Musafir Untuk Mengqasarkan (Memendekkan) Solat
Oleh: Syeikh Abdul Aziz Bin Abdillah Bin Baz


Pertanyaan

Bagaimana menurut Syeikh yang mulia tentang jarak safar (perjalanan) yang dibolehkan mengqasarkan (memendekkan) solat? Bagaimana pula menurut Syeikh tentang orang yang berniat mukim (menetap) untuk sementara dalam safarnya lebih dari 4 hari. Bolehkah ia mengqasarkan solat?

Jawapan

Majoriti ulama berpendapat bahawa batas atau had jarak dibolehkan qasar adalah perjalanan sehari semalam dengan menggunakan unta atau dengan berjalan kaki. Jarak tersebut lebih kurang 80 km. Demikianlah kebiasaan yang berlaku. Kurang dari itu tidak dikatakan safar.

Majoriti ulama juga berpendapat bahawa orang yang berniat menetap atau bermuqim sementara lebih dari 4 hari, maka ia wajib menyempurnakan solat dan wajib berpuasa siang hari di bulan Ramadan. Sebab, hukum asal bagi orang yang sedang muqim adalah itmam, ia hanya dibolehkan untuk mengqasarkan solat jika ia dalam keadaan safar.

Kalimat “lebih dari 4 hari” mengandung erti bahawa apabila ia berniat untuk muqim selama 4 hari, atau kurang dari itu, maka ia boleh menjama’ dan mengqasarkan solat, serta berbuka di bulan Ramadan.

Dalam sebuah hadis sahih, dari Nabi saw bahawa beliau bermuqim ketika beliau berhaji Wada’ selama 4 hari dan beliau mengqasarkan solat. [Di hari kelima] beliau berangkat ke Mina dan Arafah.

Riwayat di atas menunjukkan bolehnya mengqasar bagi orang yang niat bermukim dalam safarnya sebanyak 4 hari atau kurang dari itu.

Adapun ketika beliau saw muqim selama 19 hari ketika pembebasan kota Makkah dan 20 hari ketika perang Tabuk, maka harus difahami bahawa beliau tidak berniat untuk bermuqim. Beliau tinggal di sana tidak lain disebabkan kerana beliau tidak mengetahui sampai bila perang akan berakhir. Demikianlah jumhur ulama memahami muqimnya beliau saw di Makkah pada saat pembebasan kota Makkah dan tinggalnya beliau saw di Tabuk saat perang Tabuk.

[Kembali pada pokok permasalahan, bahawa apabila kita niat muqim untuk sementara lebih dari 4 hari kita diwajibkan menyempurnakan solat, tanpa qasar]. Hal ini sebagai sikap berhati-hati dalam agama, dan mengamalkan hukum asal, iaitu wajibnya solat 4 rakaat pada solat Zuhur, Asar dan Isyak bagi yang muqim.

Adapun jika ia (tinggal sementara) tanpa niat muqim- bahkan (boleh jadi) ia tidak tahu bila akan berangkat lagi (bertolak balik)- maka ia boleh mengqasar, menjama’ dan berbuka puasa sehingga ia berniat untuk bermuqim 4 hari atau kembali semula ke tempat asalnya (rumahnya).

Sumber: Fataawaa fii Ahkami Qashrin wa Jam’ish Shalaah
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar/ Fatwa Lengkap Syaikh Bin Baz Tentang Shalat Jama’  & Qashar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...