Pages

Friday 15 November 2013

: : Kisah Wanita Inggeris & Syeikh al-Arifi : :

Kisah Wanita Inggeris & Syeikh al-Arifi


Pada suatu hari, saya (Sheikh Dr Muhammad al-Arifi) bersama-sama dengan salah seorang Syeikh yang sering muncul di saluran TV Arab Saudi telah menaiki kapal terbang dari Britain untuk pulang ke Riyadh, Arab Saudi.

Setelah menaiki tangga pesawat kami kemudian mengambil tempat duduk masing-masing yang telah ditetapkan di dalam pesawat.

Setelah duduk, saya melihat seorang lelaki Inggeris duduk di sebelah tempat duduk kami. Manakala, di sebelah lelaki itu pula terdapat seorang wanita yang berpakaian menjolok mata. Wanita itu duduk sambil membaca buku berbahasa Inggeris.


Saya fikir wanita itu, mungkin isteri atau anak perempuan kepada lelaki Inggeris tersebut.

Tatkala di dalam pesawat, saya juga ambil kesempatan mengisi masa dengan membaca buku, sambil diselang seli dengan borak kecil bersama rakan saya. Waktu ketika dalam perjalanan tersebut, hampir menjelang Maghrib.

Melihat matahari terbenam yang menunjukkan masuknya waktu Maghrib, saya lalu memberitahu rakan saya, ‘Abu Abdallah, kita akan solat Maghrib di sini atau bila tiba di Riyadh nanti’.

‘Oo..kita masih ada dua jam lagi untuk waktu Maghrib, kita solat saja nanti bila tiba di Riyadh’, balas Abu Abdallah, rakan saya.

Saya kemudian berkata, ‘Ok’, sambil meneruskan pembacaan saya.

Tiba-tiba, saya melihat wanita yang berpakaian tidak senonoh tadi bangun, membuka ruangan bagasi, kemudian mengeluarkan beg. Selepas membuka beg, beliau mengeluarkan pakaian dan tudung solat, lalu memakainya dan terus solat Maghrib.

Melihat aksinya itu, saya lalu mengucapkan kalimah syahadah, “Ashaduallah Ilahaillallah Wa Ashaduanna Muhammadurrosullah”

Beliau solat walau tadi berpakaian tidak sopan.

Abu Abdallah yang turut perasan dengan tingkah laku wanita itu berkata kepada saya, ‘Lihat, wanita itu sedang solat!’.

Saya kemudian berkata, ‘Ya. Dia sedang solat’.

Saya lalu melanjutkan perkataan, ‘Malu! Kita Syeikh, orang beragama, tetapi dia yang sedang solat’.

‘Jom solat’, seru saya.

Kami kemudiannya bangun untuk menunaikan solat Maghrib. Ketika beranjak untuk solat, saya melihat wanita tadi telah menyempurnakan solat Maghribnya.

Selepas itu beliau berkemas-kemas, membuka pakaian solat dan kembali berpakaian seperti sedia kala. Kemudian mengambil tempat duduknya semula.

Sebelum menunaikan solat Maghrib, saya bergerak menghampiri wanita itu, lalu berkata kepadanya (dengan tidak memandangnya), ‘Semoga Allah memberkati puan’, ‘Semoga Allah mengganjari puan dengan pahala’. ‘Amal solat puan tadi menunjukkan puan memiliki keimanan dan kepercayaan yang benar’, tambah saya.

Saya selanjutnya meneruskan ucapan dengan berkata, ‘Puan, keimanan puan akan lebih baik bagi puan seandainya puan terus memakai tudung persis seperti puan solat tadi’.

Membalas ucapan saya, wanita itu lalu berkata, ‘Semoga Allah mengganjari syeikh juga’ dan ‘doakan kebaikan untuk saya’, tambahnya lagi.

Saya lalu beredar untuk solat.

Selepas menceritakan kisahnya ini, Syeikh Dr Muhammad al-Arifi berpesan:

“Apa sahaja yang ada di hadapan kita, mungkin saja ia petanda bagi perbuatan dosa, tetapi sedarlah bahawa mungkin di sana ada kebaikan di dalamnya. Boleh jadi perbuatan yang mengandungi 90% perkara yang tidak baik itu, masih terdapat 10% yang baik. Oleh itu, tugas kita adalah mengembangkan 10% yang baik itu sehingga ia mencapai 50% (atau 100%).”

“Usahlah kita berkata kepada orang yang hanya memiliki 10% kebaikan itu dengan kata-kata, ‘Kamu pendosa atau penjahat,’. Boleh jadi kata-kata kita itu akan mengurangkan lagi 10% kebaikan yang ada padanya.”

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...