Pages

Monday 31 March 2014

: : Al-Quran: Kata-Kata Allah : :

Al-Quran: Kata-Kata Allah




Al-Quran, sebuah buku yang sarat dengan nasihat pengajaran yang kudus membawa berita gembira kepada umat manusia. Al-Quran mengesahkan kebenaran terhadap penemuan penting manusia baik dari sudut rohani mahupun intelek.

Setiap buku mempunyai objektif dan objektif Al-Quran adalah untuk menjadikan manusia sedar tentang perancangan penciptaan Allah. Al-Quranlah satu-satunya buku yang memberitahu manusia mengapa Allah menciptakan dunia ini, apa tujuan manusia dicipta di bumi ini; apa yang perlu dilakukan manusia ketika hidupnya dan apa yang akan berlaku selepas mereka mati.


Dalam memberi petunjuk dan panduan kepada manusia Al-Quran menggunakan beberapa terma seperti tadabbur dan tafakkur, yang mengajar manusia untuk berfikir dan merenung terhadap tanda-tanda Tuhan yang bertaburan di seluruh pelosok dunia.

Apabila kita membaca Al-Quran, kita berkali-kali akan mendapati kenyataan bahawa ia adalah kalam Allah. Bagi sesetengah manusia, selain Al-Quran, ada yang percaya bahawa ada lagi beberapa buku yang dianggap suci. Namun, buku-buku itu tidak pula mengatakan ia  adalah firman Tuhan. Sebaliknya Al-Quran, adalah unik kerana Tuhan sendiri mengesahkan ia datang dariNya. Bahkan, apabila manusia mengkaji Al-Quran, manusia akan mengakui bahawa ia adalah sebuah buku yang luar biasa, bukan sebagai sebuah buku biasa yang ditulis oleh tangan manusia.

Apabila kita membaca Al-Quran, kita akan temui banyak kata-kata yang menyebut, “Wahai manusia” atau “Wahai orang-orang yang beriman”. Kata-kata ini amat mendalam dan mampu meninggalkan kesan kepada hati-hati manusia. Menerusi kata-kata ini juga, manusia seolah-olah dapat merasakan bahawa Tuhan secara langsung berinteraksi dengannya. Perasaan yang wujud ini sudah tentu akan membuatkan manusia bertindak mengutip bait-bait Al-Quran dengan lebih serius bukan hanya melayan seperti kenyataan yang terdapat dalam sebuah buku biasa.

Gaya penyusunan Al-Quran juga unik. Biasanya, buku yang ditulis oleh manusia kandungannya atau topiknya disusun mengikut abjad dari A ke Z. Tetapi Al-Quran tidak mengikut corak seperti ini. Manusia biasa, yang belum mendalam penghayatannya, tentu nampak kurang teratur. Namun, walau bagaimanapun setelah mereka meneliti, melihat dengan mata hati, tentu mereka akan dapati ia sebagai sebuah buku yang sangat jelas dan teratur, dan megah dalam gaya penulisan.

Tambahan pula, tatkala manusia sedang membaca Al-Quran, mereka akan dapat merasakan bahawa Penulisnya yang berada pada mercu yang sangat tinggi dapat melihat ke bawah dan menangani seluruh umat manusia, yang merupakan keprihatinan khas-Nya. Keprihatinan yang dikemukakan memberi tumpuan kepada kumpulan manusia yang berbeza, namun meliputi semua daripada mereka.

Selain itu, salah satu aspek khas Al-Quran adalah; pada bila-bila masa, di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan pembaca boleh berunding dengan Penulisnya. Pembaca hanya perlu mengemukakan soalan dan Al-Quran akan memberi jawapan. Oleh kerana Penulis Al-Quran itu adalah Tuhan sendiri, Tuhan yang Maha Hidup. Sebagai Pencipta manusia, Dia terus mendengar dan menjawab panggilan manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...