oleh: Syeikh Muhibuddin al-Khatib
Tauhid
|
Beriman
bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa. Tiada sekutu
bagiNya dan tiada tolok bandinganNya serta tiada perantara antaraNya dan
hamba-hambaNya. Mereka beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat
Allah sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tidak
ada sesuatu pun yang menyerupaiNya).
Sesungguhnya
Allah telah mengutuskan nabi-nabiNya dan memikulkan mereka dengan
tanggungjawab menyampaikan perutusan itu (risalah) kepada hamba-hambaNya.
Mereka telah menyampaikan kesemuanya tanpa menyembunyikan apa jua pun.
Mereka
beriman bahawa perkara ghaib hanyalah pada Allah sahaja. Sesungguhnya segala
doa, nazar, penyembelihan dan permohonan (sesuatu hajat) wajib ditujukan
kepada Allah semata-mata dan tidak sama sekali kepada yang lain dariNya.
|
Mereka
beriman dengan Allah dan keesaanNya, tetapi mereka telah mencampuradukkannya
dengan amalan-amalan syirik. Mereka beribadat kepada selain dari Allah dengan
berkata : “Wahai Ali!, Wahai Hussein!, Wahai Zainab!”, serta bernazar dan
bersembelih kepada yang lain dari Allah.
Mereka
meminta hajat dari orang-orang yang telah mati. Mereka mencipta banyak
doa-doa dan bacaan-bacaan yang menguatkan amalan syirik ini. Mereka percaya
bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan bahawa imam-imam itu mengetahui
perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam mentadbirkan alam ini.
Mereka
menganggap bahawa ada suatu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali,
imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah saw. Segala kepercayaan-kepercayaan dan
amalan-amalan ini tidak mempunyai asal dalam agama Islam yang suci.
|
Melihat
Allah swt
|
Orang-orang
yang beriman dapat melihat Allah pada hari Kiamat sepertimana firman Allah
yang bermaksud :
“Wajah-wajah
yang pada hari itu berseri-seri melihat kepada Tuhan mereka.” [Al-Quran
75:23].
|
Berpendapat
bahawa melihat Allah adalah tidak mungkin sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
|
Perkara
Ghaib
|
Masalah
ghaib adalah masalah khusus bagi Allah swt sahaja. Namun demikian ada
ketikanya Allah memberikan kepada nabi-nabiNya, dan di antara mereka ialah
Nabi Muhammad saw untuk menyaksikan perkara-perkara yang berlaku di dalam
alam ghaib itu kerana beberapa keperluan tertentu. Firman Allah yang
bermaksud:
“Mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki.”
[Al-Quran 2:255]
|
Mendakwa
bahawa hak mengetahui urusan alam ghaib itu adalah kepunyaan imam-imam
mereka, dan bukan menjadi hak nabi untuk menyampaikan berita mengenai alam
ghaib. Atas dasar inilah maka sebahagian mereka mengisbatkan sifat ketuhanan
kepada imam-imam mereka.
|
Sumber: Hakikat Agama Syiah
No comments:
Post a Comment