oleh: Syeikh Muhibuddin al-Khatib
Bahagian I
Bahagian II
Sumber: Hakikat Agama Syiah
Keluarga
Rasulullah
|
Keluarga
Rasulullah saw itu ialah seluruh pengikut Rasulullah saw di dalam menganut
dan mempercayai agama Islam (mengikut pendapat yang paling tepat).
Ada
pula yang menganggap keluarga Rasulullah saw itu ialah orang-orang yang
bertakwa dari kalangan umat Nabi Muhammad; dan ada pula berpendapat bahawa
keluarga Rasulullah saw itu kaum kerabatnya yang terdekat dari kalangan
keturunan bani Hashim.
|
Keluarga
Rasulullah saw itu ialah menantunya sayidina Ali, dan sebahagian daripada
anak-anak sayidina Ali sahaja, kemudian zuriat keturunannya sesudah zamannya.
|
Syariat dan Hakikat
|
Menganggap
bahawa syariat itu hakikat; dan bahawa Rasulullah saw tidak menyembunyikan
sesuatu apa ilmu pun kepada umatnya. Tiada suatu perkara pun yang tidak
ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah saw dan juga tiada suatu yang jahat
pun melainkan Rasulullah saw memberi amaran kepada kita supaya kita jauhi.
Firman
Allah yang bermaksud: pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu.
Sumber
pengambilan panduan agama ialah Al-Quran dan Sunah Rasulullah saw. Cara bekerja
dan beribadat serta membuat perhubungan dengan Allah jelas dan nyata tanpa
sebarang perantaraan.
Yang
mengetahui hakikat seseorang hamba itu ialah Allah swt sahaja dan kita tidak
mengutamakan sesiapa pun melebihi daripada Allah swt.
Setiap
orang itu boleh diterima dan ditolak pendapat dan percakapannya, melainkan
Rasulullah saw seorang sahaja.
|
Menganggap
bahawa syariat itu ialah hukum-hakam yang di bawa oleh Nabi saw yang
berkenaan dengan masalah kecil dan soal-soal harian untuk amalan orang-orang
awam sahaja.
Tetapi
hakikat atau “ilmu khas” daripada Allah, maka tidak diketahui melainkan oleh
imam-imam dari kalangan ahlil bait (iaitu sebahagian keluarga Rasulullah saw)
sahaja.
Sesungguhnya
mereka memperolehi ilmu-ilmu hakikat ini dengan cara warisan dari satu
generasi ke generasi yang lain dan ia kekal sebagai rahsia di sisi mereka.
Imam-imam mereka adalah maksum (terpelihara dari melakukan kesalahan) dan
segala perbuatan mereka adalah syariat. Segala apa yang mereka lakukan adalah
dibenarkan.
Sesungguhnya
perhubungan dengan Allah tidaklah sempurna melainkan dengan perantaraan iaitu
melalui imam-imam mereka. Dengan itu mereka telah melibatkan diri kita dengan
menamakan diri mereka dengan nama-nama yang keterlaluan seperti waliullah,
babullah (pintu Allah), almaksum, hujjatullah (dalil Allah), ayatullah (tanda
atau buku Allah), ruhullah (ruh Allah) dan lain-lain lagi.
|
Feqah
|
Terikat
dengan hukum-hakam yang diterangkan dan terkandung di dalam Al-Quranul Karim dengan
sangat halus dan teliti, dengan cara diterangkan dan diberi penjelasan oleh
sabda Rasulullah saw seperti mana yang terdapat di dalam As-sunnah; manakala
pendapat para sahabat dan tabiin yang boleh dipercayai dijadikan bahan
pegangan, kerana merekalah orang-orang yang dekat dengan zaman dan masa hidup
serta paling banyak mengalami peristiwa penting bersama-sama Rasulullah saw.
Tiada
seorang pun dipandang berhak membuat syariat baru di dalam agama Islam
sesudah ia dilengkapkan oleh Allah swt sendiri. Manakala di dalam memahami
masalah-masalah terperinci dan baru timbul, dirujukkan masalah yang
disebutkan sebagai “al-musoleh al-mursalah” kepada ulama-ulama yang
dipercayai dan terbilang dengan syarat tidak melampaui batas dan ketentuan
Al-Quran dan As-sunnah, bukan yang lain.
|
Mereka
bergantung dan berpegang kepada sumber-sumber mereka yang khusus iaitu
mengikut bagaimana yang mereka nisbahkan kepada imam-imam mereka (yang
berbatas sahaja) dan juga mengikut cara bagaimana mereka mentakwilkan
ayat-ayat Al-Quran dan yang mereka sengaja hendak mencari perbezaan dengan
kaedah-kaedah dan pegangan majoriti umat Islam.
Mereka
selanjutnya berpendapat bahawa imam-imam mereka yang mujtahid dan terkawal
daripada melakukan maksiat itu mempunyai hak untuk mengeluarkan fatwa dan
hukum-hakam yang baru seperti mana yang telah berlaku dalam masalah berikut;
a.
Azan, waktu
sembahyang, cara-cara sembahyang dan kaedah mengerjakannya.
b.
Waktu-waktu
berpuasa dan berbuka
c.
Amalan haji dan
umrah
d.
Beberapa masalah
mengenai zakat dan bagaimana membelanjakan wang zakat. Mereka sentiasa sahaja
mencari jalan menyalahi golongan ahli Sunah dan meluaskan jurang perbezaan di
dalam semua masalah.
|
Ketaatan dan Kesetiaan
|
Ketaatan
dan kesetiaan hanya berhak ditumpukan kepada Rasulullah saw sahaja
berpandukan firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesiapa
yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah.”
[Al-Quran 4:80]
Adapun
kepada orang yang lain daripada Rasulullah saw maka tiada ada hak taat
kepadanya kecuali mengikut kaedah dan cara yang telah ditetapkan oleh hukum
syarak, sebab tiada sebarang hak ketaatan kepada seseorang dari makhluk Allah
di dalam melakukan perbuatan maksiat kepada Tuhan yang Maha Pencipta.
|
Mereka
menganggap ketaatan dan kesetiaan itu sebagai sebahagian daripada rukun iman.
Yang dimaksudkan dengan kesetiaan itu ialah mempercayai apa yang dibawa,
diajar dan diarahkan oleh imam-imam yang dua belas (di antaranya ada yang
masih bertapa di dalam bilik rahsia di bawah tanah)
Setiap
orang yang tidak menumpukan taat setia kepada ahli bait mengikut cara dan
adat kebiasaan mereka tidak berhak diberikan sifat iman, dan tidak boleh
dijadikan imam sembahyang dan tidak berhak menerima sebahagian zakat yang
wajib, tetapi boleh diberikan sedekah-sedekah yang biasa dikeluarkan seperti
kepada orang-orang kafir.
|
Tipu/Muslihat (At-Taqiyyah)
-Iaitu bahawa seseorang itu menunjukkan sikap
yang lain daripada terpendam di dalam hatinya kerana bimbang akan ditimpa
bala bencana.
|
Setiap
orang Islam tidak boleh menipu seorang Islam yang lain sama ada dengan
perkataannya atau dengan sikap lahirnya yang nampak dilihat. Sabda Rasulullah
saw:
“Sesiapa
yang menipu maka dia bukan dari golongan kita”.
Tipu
muslihat ini tidak boleh diamalkan melainkan terhadap orang-orang kafir musuh
agama dan di dalam masa perang, sebab perang itu ialah tipu daya.
Setiap
orang Islam itu mesti menjadi seorang yang berani dan tegas serta bersikap
benar di dalam membela hak tanpa bermuka-muka, dusta dan menipu, bahkan
hendaklah senantiasa memberi nasihat membina, menyuruh berbuat kebaikan dan
melarang berbuat mungkar.
|
Bagi
setiap golongan Syiah tipu muslihat itu adalah suatu perkara wajib yang
mustahak diberi keutamaan, sebab mazhab Syiah tidak dapat ditegakkan
melainkan melalui kaedah tipu muslihat.
Mereka
mempelajari dasar dan cara bagaimana melakukan tipu muslihat secara rahsia
dan terbuka dan mereka terus-menerus menggunakan tipu muslihat di dalam setiap
hubungan mereka dengan orang lain, terutama sekali bilamana mereka menghadapi
kesulitan mereka sanggup menjadi talam dua muka.
Maka
ketika tu mereka akan memuji-muji dan mengangkat–angkat dengan berlebihan
orang-orang yang pada pandangan mereka adalah kafir dan berhak dibunuh serta
dibinasakan. Mereka melaksanakan hukum-hukum yang dilaksanakan ke atas orang
kafir kepada sesiapa sahaja yang bukan dari golongan mereka. Mereka
mengamalkan prinsip “matlamat menghalalkan cara”. Dengan ciptaan ini mereka
bebas menghalalkan segala cara tipu daya, pembohongan dan putar belit.
Mereka
memegang pesanan imam-imam mereka iaitu:
“tipu
muslihat itu agamaku dan agama nenek moyangku” dan “sesiapa yang tidak
bersikap tipu muslihat maka tiada agama baginya”.
|
Imamah (Kepimpinan) atau Pemerintahan Negara
|
Negara
hendaklah diperintah oleh seorang khalifah yang dipilih dari kalangan kaum
Muslimin. Khalifah itu hendaklah seorang yang benar-benar layak memegang
jawatan itu seperti hendaklah ia seorang berakal fikiran yang waras, seorang
yang berilmu pengetahuan, yang terkenal sebagai seorang yang baik dan salih,
amanah dan mampu memikul amanah yang besar itu.
Khalifah
hendaklah dipilih sebuah badan yang dianggotai oleh orang-orang Islam. Badan
itu berhak memecat dan melucutkan jawatan khalifah itu jika ia tidak berlaku
adil ataupun bila ia melanggar ketentuan-ketentuan Al-Quran dan As-sunnah.
Semua
Muslimin wajib taat kepadanya dan kekuasaan memerintah pada sisinya mestilah
dianggap sebagai satu tanggungjawab dan satu perkara yang akan dipersoalkan
(oleh Allah dan kaum Muslimin) dan bukanlah satu kemuliaan atau hasil
keuntungan.
|
Jawatan
ketua negara adalah jawatan diperoleh dan dilakukan secara warisan dan turun
temurun dari salasilah keturunan sayidina Ali dan anak cucu Siti Fatimah,
walaupun mereka berselisih faham dalam hal ini.
Mereka
tidak akan menumpukan keikhlasan dan kesetiaan kepada mana-mana juga ketua
pemerintahan yang bukan dari titih salasilah keturunan sayidina Ali.
Dan
oleh sebab kerana teori mereka di dalam masalah pemerintahan ini tidak dapat dijayakan
dan dilaksanakan di sepanjang sejarah seperti mana mereka harap-harap dan
cita-citakan, maka mereka menambah lagi satu teori lain yang dinamakan
“Kepulangan” yang bererti bahawa imam mereka yang terakhir yang dinamakan
“Pembela/Penyelamat”
akan
bangkit di akhir zaman kelak lalu keluar dari bilik persembunyian bawah
tanahnya untuk menyembelih dan menuntut bela ke atas semua musuh-musuh
politiknya sambil memulihkan hak orang-orang Syiah yang telah dirampas dan
diperkosa oleh golongan-golongan lain di sepanjang zaman dan abad yang telah
lalu.
|
Bahagian II
Sumber: Hakikat Agama Syiah
No comments:
Post a Comment