Keutamaan Amalan
Sedekah
Sedekah adalah suatu
sunnah Rasulullah saw dan amalan para sahabat radhiallahu anhum yang sangat
mulia.
Dalam tradisi Islam ia ada beberapa tahap seperti zakat, sedekah, derma, wakaf dan hadiah.
Zakat adalah amalan wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan manakala sedekah adalah amalan sunat yang sangat dituntut. Ia merupakan pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT.[1]

Allah SWT di dalam
surah Al-Baqarah ayat 261 telah berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya[2].”
Ali bin Abi Thalib pernah
berkata:
“Sesiapa daripada kamu yang diberikan oleh Allah harta, maka hendaknya
dia membahagikan harta itu kepada para kaum kerabatnya. Muliakanlah tetamu
dengan harta. Bantulah kesusahan para ibnu sabil (yakni musafir yang memerlukan
pertolongan di tengah-tengah perjalanan), orang-orang fakir dan miskin, serta
orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Dan hendaklah kamu bersabar ketika
ditimpa musibah. Sesiapa yang melaksanakan perkara-perkara tersebut, maka dia
akan mendapatkan kemuliaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat”.[3]
Sungguh Nabi saw adalah
orang yang sangat pemurah. Tangan kanannya, ketika memberikan sesuatu bagaikan
hembusan angin yang sejuk.
Hati beliau senantiasa terpanggil untuk membantu. Apabila beliau didatangi oleh orang yang meminta sesuatu, beliau saw akan berusaha untuk memenuhi hajat orang yang meminta itu.
Hati beliau senantiasa terpanggil untuk membantu. Apabila beliau didatangi oleh orang yang meminta sesuatu, beliau saw akan berusaha untuk memenuhi hajat orang yang meminta itu.
Anas r.a menceritakan
bahawa Rasulullah saw senantiasa memberikan sesuatu kepada setiap orang yang
datang bertanya kepadanya tentang Islam.
Pernah seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw, kemudian baginda saw menghadiahkan kepadanya kambing yang banyak.
Setelah lelaki itu kembali kepada kaumnya, dia mengatakan: “Wahai kaumku, peluklah agama Islam, kerana sungguh Muhammad saw telah menghadiahkan sesuatu kepadaku. Beliau sangatlah pemurah dan tidak pernah takut dengan kemiskinan.”[4]

Allah swt telah
berfirman di dalam surah Saba’ ayat 39 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang
menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya); dan apa sahaja yang kamu
dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi
rezeki".[5]
Juga firman Allah swt
di dalam surah Al-Baqarah ayat 272 yang bermaksud:
“Dan apa jua harta yang halal yang
kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk
diri kamu sendiri dan janganlah kamu mendermakan sesuatu melainkan kerana
menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal,
akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu
(itu pula) tidak akan dikurangkan.”[6]
Sementara terdapat
sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a:
“Bahawasanya Nabi saw bersabda: ‘Tiada hari yang para hambanya memulai pagi
hari melainkan ada dua malaikat turun lalu salah satunya mengatakan: ‘Ya Allah,
berikanlah ganti kepada orang yang berinfak’, sedangkan yang satu lagi akan
mengatakan: ‘Ya Allah, berikanlah kebinasaan harta kepada orang yang menahan
(tidak mahu berinfak)’.”[7]
Rasulullah saw juga
bersabda:
“Tidaklah seseorang
Muslim yang memberi pakaian kepada orang Muslim yang lain, kecuali ia di dalam
lindungan Allah swt selama pakaian itu masih ada, sekalipun sehelai kain”.[8]
Allah swt juga
berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau
tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu (kepada Tuhan) dengan berkata:
“Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau melambatkan kedatangan ajal mautku
- ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan aku
termasuk orang-orang yang soleh”.[9]
Begitulah besarnya
ganjaran dan pahala yang Allah sediakan kepada hamba-hambanya yang mengerjakan
amalan bersedekah.
Namun, harus diingat Allah SWT juga memberi ancaman terhadap mereka yang bakhil terhadap harta yang dikurniakan oleh Allah swt, sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ali-Imran ayat 180 yang bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang
telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahannya - menyangka bahawa
keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.
Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada
hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit
dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala
yang kamu kerjakan.”[10]
No comments:
Post a Comment