oleh: Syeikh Muhibuddin al-Khatib
Aspek/Kriteria
|
Ahli
Sunnah
|
Syiah
|
Al-Quran
|
Disepakati
bahawa seluruh kandungannya benar dan asli, tidak terjejas sedikit pun dan
selamat dari sebarang pindaan, baik menambah atau mengurangkannya. Al-Quran
hendaklah ditafsirkan mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab.
Mereka
beriman kepada setiap huruf dan perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran.
Mereka juga beriman bahawa Al-Quran ialah kalam Allah, bukan suatu perkara
yang baharu dan bukan pula sejenis makhluk.
Yang
tidak dapat didatangi oleh sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan
seginya. Al-Quran adalah sumber pertama bagi segala urusan kaum Muslimin;
baik akidah mahupun muamalat dan urusan di antara mereka sesama mereka dan
dengan orang lain.
|
Dipertikaikan
kemurnian dan keaslian isi kandungannya
bagi sebahagian golongan mereka. Jika isi kandungan Al-Quran didapati
bersalahan dengan sesuatu dasar iktikad kepercayaan mereka nescaya mereka
mentakwilkan maksudnya dengan cara yang sungguh ganjil, asal sahaja sesuai
dengan mazhab mereka. Oleh sebab itulah mereka lebih terkenal sebagai
golongan “Pentakwil”.
Mereka
selalu sahaja gemar membongkar masalah perbezaan pendapat mengenai kemurnian
dan keaslian Al-Quran yang diambil dari pendapat dan sikap imam-imam mereka
sejak zaman Al-Quran mula dicatat dan dikumpulkan dahulu lagi, dengan
berpandukan kepada sumber-sumber yang dipercayai di kalangan mereka.
|
Hadis
|
Sumber
yang kedua bagi syariat dan undang-undang Islam. Juga pentafsir kepada
Al-Quranul Karim.
Tidak
boleh menyalahi dan menentang hukum mana-mana jua hadis yang sahih iaitu
diperakui benar datang dari Nabi saw. Untuk menilai sejauh manakah sahih
tidaknya hadis-hadis itu maka suatu ilmu khusus yang membicarakan masalah
istilah dan martabat hadis-hadis ini telah ditaja bersama oleh ulama fiqh
umat ini.
Di
antara masalah yang dibincangkan oleh ilmu ini ialah istilah hadis-hadis,
bagaimana hadis-hadis itu diriwayatkan tokoh-tokoh yang meriwayatkannya, baik
lelaki mahupun perempuan, tanpa sebarang perbezaan.
Setiap
orang tokoh yang meriwayatkan hadis itu tercatat semua sejarah hidupnya
dengan lengkap, dan diketahui juga beberapa
banyak hadis yang diriwayatkannya, dan berapa banyak pula hadis yang
disepakati benar riwayatnya, dan berapa banyak pula yang dipertikaikan.
Usaha
ini diketahui sebagai suatu usaha yang memakan banyak tenaga dan waktu di
sepanjang sejarah. Tiada suatu hadis pun yang diterima dari seseorang yang
diketahui sebagai pendusta dan tidak diketahui latar belakangnya.
|
Orang
Syiah tidak mengambil kira sebagai hadis yang sahih kecuali hadis-hadis yang
dinisbahkan kepada Ahli bait atau keluarga terdekat Rasulullah saw sahaja dan
beberapa hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang rapat hubungannya dan
sentiasa mendampingi Sayidina Ali di dalam kegiatan dan percaturannya di
bidang politik.
Hadis-hadis
yang selain daripada itu ditolak dan tidak diambil kira. Mereka tidak memberi
perhatian kepada sumber yang layak yang sah dan tidak juga kepada
kaedah-kaedah yang ilmiah. Selalu sahaja mereka menyebutkannya, sebagai
contohnya:
“Diriwayatkan
dari Muhammad bin Ismail dari beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari
Rasulullah saw bersabda…”
Kitab-kitab
mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak mungkin ditetapkan
kesahihannya. Beginilah cara mereka membina agama mereka. Dengan cara begini
juga mereka telah mengingkari lebih dari tiga perempat daripada Sunnah Nabi.
Dan ini adalah perbezaan-perbezaan yang terpenting antara mereka dari
golongan-golongan Muslim.
|
Para Sahabat
|
Sepakat
sebulat suara untuk menghormati mereka dan memohon keredaan Allah swt kepada
para sahabat Rasulullah saw itu, sambil menganggap bahawa apa juga
perselisihan dan perbezaan yang berlaku di kalangan mereka adalah hasil
daripada penelitian dan ijtihad mereka sendiri dengan secara ikhlas.
Perselisihan
dan perbezaan mereka itu telah berlaku masanya dan kita tidak boleh sama
sekali hendak meneruskan perpecahan itu supaya berlarut-larut dan
berpanjangan di segenap generasi dan keturunan.
Para
sahabat Rasulullah saw itu ialah manusia-manusia yang paling baik dan utama.
Mereka telah beroleh kepujian daripada Allah swt sendiri melalui firmanNya
sebagai pujian yang terbaik pernah Allah firmankan mengenai hal ehwal suatu
kumpulan manusia.
Di
beberapa tempat pula Allah swt telah membersihkan mereka dari berbagai-bagai
tohmahan dan tuduhan dengan cara berasingan dan tersendiri. Oleh yang
demikian, maka tidak boleh sama sekali (tidak halal) bagi sesiapa pun yang
membuat sebarang tuduhan ke atas mereka sesudah itu, dan tidak halal sesiapa
pun mencari sebarang kepentingan di dalam perkara perselisihan dan perbezaan
mereka.
|
Berpendapat
bahawa para sahabat itu telah jadi kafir semula sesudah wafatnya Rasulullah
saw kecuali beberapa orang tertentu yang tidak sampai bilangan jari tangan,
sambil meletakkan sayidina Ali si suatu tempat yang khusus.
Sebahagian
mereka memandang beliau sebagai orang yang menerima wasiat untuk menjadi
khalifah pertama menggantikan Rasulullah saw. Ada pula yang memandangnya sebagai
seorang nabi, bahkan ada pula pihak yang menganggapnya sebagai Tuhan.
Dengan
sikap itulah mereka telah sanggup menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang
Islam dengan berpandukan sikap orang-orang itu terhadap sayidina Ali. Sesiapa
sahaja yang dipilih menjadi khalifah sebelumnya maka orang itu adalah zalim
atau kafir ataupun fasiq.
Demikian
juga keadaannya setipa orang yang menentang keturunan sayidina Ali. Dari
sikap dan pendirian inilah mereka telah melakukan banyak kejadian-kejadian
yang menggemparkan di sepanjang sejarah yang dengan sikap permusuhan,
fitnah-memfitnah, dan masalah faham Syiah juga menjadi suatu masalah dan
pegangan hidup yang menggugat sejarah di sepanjang generasi.
|
Sumber: Hakikat Agama Syiah
No comments:
Post a Comment