Adakah Orang Islam Menyembah Kaabah?
Oleh: Dr
Zakir Naik
Soalan
Memandangkan
Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan
tunduk kepada Kaabah semasa solat?
Jawapan
Kaabah adalah
kiblat iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting
untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap Kaabah semasa solat, mereka
tidak menyembah Kaabah.
Orang Islam
menyembah dan tunduk hanya kepada Allahswt. Surah al-Baqarah menyebut:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke
langit, maka
sungguh Kami akan memalingkan mukamu ke kiblat yang
kamu sukai.
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di
mana saja kamu
berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.” [Al-Quran
2:144]
1. Islam Menganjurkan Perpaduan.
Contohnya
jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin
menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam
dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu (Maha Esa), di mana sahaja mereka
berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika
ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur.
Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke
barat.
2. Kaabah Terletak Di Tengah Peta Dunia.
Orang Islam
merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian
selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di
tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara
menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun,
Alhamdulillah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.
3. Tawaf Mengelilingi Kaabah Menandakan Satu Tuhan.
Apabila orang
Muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka mengerjakan tawaf ataupun
membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan
dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai
satu pusat, maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.
4. Hadis Umar (R.A.)
Berkenaan
batu hitam, Hajarul-Aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat
terbilang Nabi Muhammad (S.A.W.), Umar (R.A.). Menurut Sahih Bukhari, Jilid 2,
Kitab Haji, bab 56, H.No. 675, Umar (r.a) berkata, ”Aku tahu engkau adalah batu
dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana
aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu, nescaya aku tidak akan
menyentuh (dan mencium) kamu.”
5. Ada Orang Berdiri Di Atas Kaabah Dan Melaungkan Azan.
Semasa zaman nabi,
ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan
untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah
Kaabah: siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?
Sumber: 20
Soalan Paling Lazim Tentang Islam
No comments:
Post a Comment