Keselamatan (Salvation) Dalam Islam
Kitab suci Al-Quran menyebut:
"...bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". [Al-Quran 5:72]
Keselamatan atau salvation dalam
Islam adalah apabila manusia menyembah hanya kepada yang Maha Pencipta (Allah swt)
tanpa menyekutukanNya sedikit pun. Justeru, keselamatan dalam Islam adalah monoteisme
(mentauhidkan Allah). Oleh itu, monoteisme adalah keselamatan bagi seseorang manusia.
Sedangkan paganisme adalah penyembahan
kepada ciptaanNya. Oleh yang demikian orang-orang bukan Islam yang menyembah
kepada makhluk Tuhan mustahil masuk syurga kerana menyembah ciptaanNya, bukan
menyembah kepada yang Maha Pencipta.
Jesus a.s turut memerintahkan pengikutnya untuk menyembah kepada Tuhan yang satu (Esa).
Kitab Bible menceritakan bahawa salah
seorang pengikut Taurat pernah bertanya kepada Jesus Kristus a.s berkenaan
apakah perintah yang pertama. Menjawab pertanyaan tersebut, Jesus a.s telah
mengulangi perkataan sama yang telah disebut oleh Musa a.s iaitu:
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna
Ikhad”
Ia adalah petikan bahasa Ibrani yang
bermaksud:
“Hear, O Israel: The Lord our God is one
Lord”
“Dengarlah,
wahai kaum Israel: Tuhan kita adalah Tuhan yang Esa (satu)”
[Mark
12:29]
Kitab suci Al-Quran menyebut di dalam surah
al-Maidah, surah ke 5 ayat 72:
Demi
sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah
ialah Al-Masih ibni Maryam (Jesus a.s)". Padahal Al-Masih sendiri
berkata:" wahai bani Israel! Sembahlah Allah, Tuhanku dan tuhan kamu,
bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku
zalim". [Al-Quran 5:72]
No comments:
Post a Comment