Bukan
Vegetarian (Non-Vegetarian)
Oleh: Dr
Zakir Naik
Adakah
Pengambilan Makanan Bukan Vegetarian (Daging Haiwan) Menyebabkan Orang Islam
Ganas?
Soalan
Sains
mendedahkan bahawa apa yang dimakan seseorang akan mempengaruhi perilakunya.
Oleh itu, mengapa Islam membenarkan umatnya memakan makanan bukan vegetarian
oleh kerana memakan daging haiwan boleh menyebabkan seseorang menjadi ganas dan
buas?
Jawapan
1.
Memakan haiwan herbivor sahaja dibenarkan.
Saya
bersetuju bahawa apa yang dimakan oleh seseorang akan mempengaruhi perilakunya.
Ini merupakan salah satu sebab mengapa Islam melarang memakan haiwan karnivor
seperti singa, harimau bintang dan lain-lain yang ganas dan buas. Islam hanya
membenarkan memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain
yang tenang dan jinak. Kami umat Islam memakan haiwan yang tenang dan jinak
kerana kami adalah umat yang cintakan keamanan dan keharmonian.
2.
Al-Quran menyebut Nabi Muhammad SAW melarang apa yang tidak baik.
Al-Quran
ada menyebut:
“...(Nabi) menyuruh mereka mengerjakan yang
makruf dan melirang mereka dari melakukan yang mungkar dan menghalalkan bagi
mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk...”
[Al-Quran 7:157]
“...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka
terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah...”
[Al-Quran 59:7]
Bagi
umat Islam sabda Nabi Muhammad SAW sudah mencukupi untuk meyakinkan mereka
bahawa Allah melarang memakan beberapa jenis daging haiwan tetapi membenarkan
beberapa yang lain.
3. Hadis
Nabi Muhammad SAW melarang memakan haiwan karnivor.
Menurut
beberapa hadis sahih yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim termasuk
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dalam Sahih Muslim, Kitab Perburuan dan
Penyembelihan, Hadis No.4752 dan Kitab Sunan Ibnu Majah Bab 13 Hadis No.3232
hingga 3234, Nabi Muhammad SAW melarang memakan haiwan berikut:
a. Haiwan
liar yang mempunyai taring iaitu haiwan karnivor yang memakan daging. Ini
termasuk haiwan yang termasuk dalam kumpulan spesies kucing seperti singa,
harimau, kucing, juga anjing, serigala, dubuk dan lain-lain lagi.
b. Beberapa
rodensia seperti tikus yang berkuku dan lain-lain lagi.
c. Beberapa
reptilia seperti ular, buaya dan lain-lain lagi.
d. Burung
pemangsa yang bercakar atau berkuku seperti burung nasar helang, gagak, burung
hantu dan lain-lain lagi.
Sumber: 20 Soalan Paling Lazim
Tentang Islam
No comments:
Post a Comment