Pages

Sunday, 22 September 2013

: : Non-Muslim & Makkah : :

Non-Muslim & Makkah
Oleh: Dr Zakir Naik


Soalan

Mengapa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki bandar suci Makkah
dan Madinah?

Jawapan

Memang benar mengikut undang-undang, orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki bandar suci Makkah dan Madinah. Fakta berikut akan menjelaskan kemungkinan di sebalik larangan tersebut.

1. Semua rakyat tidak dibenarkan di kawasan kantonmen (kem tentera).

Andaikan saya adalah seorang rakyat India. Sungguhpun begitu, saya tidak dibenarkan memasuki beberapa kawasan larangan seperti di kantonmen.

Di setiap negara terdapat beberapa kawasan di mana rakyat biasa negara tersebut tidak dibenarkan masuk. Hanya rakyat yang berdaftar dengan militer ataupun yang mempunyai kaitan dengan pertahanan negara tersebut dibenarkan memasuki kawasan kantonmen.

Begitu juga dengan Islam, agama sejagat untuk seluruh dunia dan semua umat manusia. Kawasan istimewa Islam adalah dua bandar suci iaitu Makkah dan Madinah. Di dua bandar suci ini, hanya penganut Islam dan mereka yang terlibat dalam mempertahankan Islam iaitu orang Islam sahaja dibenarkan. Adalah tidak munasabah untuk rakyat biasa membantah larangan memasuki kawasan kantonmen.

Begitu juga, tidak wajar orang bukan Islam menentang larangan terhadap orang bukan Islam memasuki Makkah dan Madinah.


2. Visa untuk memasuki Makkah dan Madinah.

a) Apabila seseorang membuat perjalanan ke negara asing dia perlu terlebih dahulu memohon visa iaitu kebenaran memasuki negara tersebut. Setiap negara mempunyai peraturan, undang-undang dan keperluan tersendiri dalam mengeluarkan visa. Visa hanya dikeluarkan sekiranya kriteria mereka dipenuhi.

b) Salah satu Negara yang tegas dalam mengeluarkan visa adalah Amerika Syarikat terutama apabila mengeluarkan visa kepada rakyat daripada negara dunia ke tiga. Mereka mempunyai pelbagai syarat dan keperluan yang perlu dipenuhi sebelum mengeluarkan visa.

c) Sekiranya melawat Singapura, tercatat pada borang imigresen “hukuman mati untuk pengedar dadah”. Jika saya ingin melawat Singapura, saya perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Saya tidak boleh berkata bahawa hukuman mati adalah hukuman yang kejam. Saya hanya akan dibenarkan masuk ke negara tersebut jika saya bersetuju dengan keperluan dan syarat mereka.

d) Visa atau syarat utama yang diperlukan bagi sesiapa yang ingin memasuki Makkah dan Madinah adalah dengan mengucap, “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah” yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah”.

Sumber: 20 Soalan Paling Lazim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...