Apakah Penyembelihan Haiwan
Cara Islam Kelihatan Kejam?
Oleh: Dr Zakir Naik
Soalan
Mengapa orang Islam
menyembelih haiwan dengan cara kejam melalui penyeksaan secara perlahan dan
menyakitkan?
Jawapan
Penyembelihan haiwan secara
Islam yang dikenali sebagai ‘Dhabh’ telah menjadi bahan kritikan hebat
sebilangan besar manusia. Mungkin ada yang boleh mempertimbangkan alasan
berikut yang membuktikan ‘Dhabh’ bukan sahaja lebih bertimbang rasa tetapi
terbaik dari sudut sains:
1. Penyembelihan cara
Islam.
Penyembelihan haiwan dalam Islam menekankan konsep ‘Zakkaytum’. Ia adalah kata
kerja yang berasal dari kata dasar ‘Zakka’ (mensucikan). Infinitifnya ialah
“Tazkiyah” yang bererti penyucian. Penyembelihan haiwan cara Islam menghendaki
pematuhan syarat seperti berikut:
a) Haiwan mesti disembelih dengan objek
tajam (pisau)
Haiwan mesti disembelih dengan objek tajam (pisau) dan dengan
cepat supaya haiwan akan mati serta-merta.
b) Dikerat salur udara, kerongkong dan
saluran darah leher.
‘Dhabh’ merupakan perkataan Arab bermakna sembelih. Penyembelihan perlu
dilakukan dengan mengerat kerongkong, salur udara dan saluran darah leher
haiwan itu dan menyebabkan kematiannya tanpa dikerat gentian saraf di dalam
tulang belakang.
c) Darah perlu disalirkan.
Darah perlu disalirkan sepenuhnya sebelum kepala dibuang.
Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara
mikro-organisma. Gentian saraf di dalam tulang belakang tidak boleh dikerat
kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan
mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah.
2. Darah adalah bahantara
kuman dan bakteria.
Darah merupakan bahantara
baik untuk kuman, bakteria, toksin dan lain-lain. Oleh itu, penyembelihan cara
Islam lebih bersih kerana darah yang mengandungi kuman, bakteria, toksin dan
lain-lain yang menyebabkan pelbagai penyakit telah dibuang.
3. Daging kekal segar untuk
tempoh masa lebih lama.
Daging sembelihan cara
Islam kekal segar lebih lama kerana pengurangan darah pada daging berbanding
cara penyembelihan lain.
4. Haiwan tidak merasai
kesakitan semasa disembelih.
Keratan pantas salur darah
pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan
kesakitan. Oleh itu, haiwan tersebut tidak merasai kesakitan. Ketika hampir
mati haiwan itu meronta, menggeliat, menggeliut, menggeletar dan menendang bukan
kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan
darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan.
Sumber: 20 Soalan Paling
Lazim Tentang Islam
No comments:
Post a Comment