Pages

Friday, 20 September 2013

: : Poliandri : :

Pengharaman Poliandri
Oleh: Dr Zakir Naik


Soalan

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu (poliandri)?

Jawapan

Ramai orang termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan hak yang sama dinafikan kepada kaum wanita.

Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas agama Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan.

Lelaki dan wanita berbeza secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab-sebab Islam melirang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat dikenal pasti dengan mudah.

Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua-dua ibu bapa amat dititikberatkan dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.

Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama.

Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua-dua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetik. Oleh itu, pandangan ini mungkin bersesuaian pada masa dahulu namun kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun ke semua mereka tidak melakukan seks luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka mengamalkan seks luar nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alasan yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah Yang Maha Bijaksana melarang poliandri

Sumber: 20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...