Pages

Monday 21 October 2013

: : Ibrahim a.s & Ayahnya : :

Kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Ayahnya


Nabi Ibrahim as adalah putera dari Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh as. Ayahnya adalah pembuat patung berhala. 

Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama Faddam Aram dalam kerajaan Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama Namrud bin Kan’aan.

Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Rasul Allah yang diutus kepada satu kaum di negeri Iraq yang dikuasai oleh Raja Namrud. 

Di dalam surah Maryam, surah ke 19, ayat 41 hingga 49, Al-Quran mengisahkan perihal Nabi Ibrahim a.s yang mengajak ayahnya untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan sembahan berhala sebagaimana berikut:

41. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi nabi.

42. Ketika ia berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?”

43. “Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.”

44. “Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.”

45. "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari Ar-Rahman (Allah) disebabkan ayah menyembah selainNya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka.”

46. (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa.”

47. Nabi Ibrahim berkata: “Selamat tinggal ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.”

48. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa”.

49. Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat nabi.

[Al-Quran 19:41-49]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...