Pages

Saturday 15 June 2013

: : Harta Simpanan Syurga : :

Harta Simpanan Syurga 


Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a, bahawasanya Nabi saw pernah bersabda kepadanya,

"Katakanlah: la hawla wala quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) kerana sesungguhnya ia merupakan salah satu harta simpanan di syurga."

[Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah]

Dan diriwayatkan oleh al-Hakim, dan ia berkata,”Sahih, tidak ada cacatnya, dan lafaznya sebagai berikut; bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:

Maukah aku ajarkan kepadamu- atau tunjukkan kepadamu; suatu kalimat yang berasal dari bawah Arasy, termasuk simpanan di syurga? Iaitu kamu mengucapkan: la hawla wala quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)”

[Riwayat al-Hakim]

Dari Abu Dzar r.a, ia menuturkan,

“Aku pernah berjalan di belakang Rasulullah saw, lalu beliau bersabda kepadaku, ‘Ya Abu Dzar, maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu harta simpanan syurga?’ Aku menjawab, ‘Tentu’. Beliau lalu bersabda:

la hawla wala quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)"

[Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Ibnu Abi ad-Dunya]


Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib/ Kitab Zikir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...