Anjuran Solat
Dhuha
Dari Abu Hurairah
r.a, dia berkata,
“Kekasihku Muhammad
saw mewasiatkan kepadaku tiga perkara; agar aku berpuasa tiga hari setiap
bulan, melaksanakan solat Dhuha dua rakaat dan melaksanakan solat witir sebelum
aku tidur.”
Diriwayatkan oleh
al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi
Ibnu khuzaimah
meriwayatkan pula, dan lafaznya, dia berkata,
“Kekasihku Muhammad
saw mewasiatkan kepadaku tiga perkara, yang mana aku tidak meninggalkannya;
agar aku tidak tidur kecuali setelah melakukan solat witir, agar aku tidak
meninggalkan dua rakaat Dhuha kerana ia adalah solat para awwabin[1]
dan puasa tiga hari setiap bulan.”
Dari Abu Dzar r.a
dari Nabi saw, beliau bersabda,
“Setiap persendian
salah seorang dari kalian memiliki kewajipan sedekah setiap pagi; setiap tasbih
adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah
sedekah, dan semua itu dicukupkan dengan dua rakaat yang dilakukan diwaktu
dhuha.”
Diriwayatkan oleh
Muslim.
Dari Buraidah r.a,
dia berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Pada diri manusia
terdapat tiga ratus enam puluh persendian, maka dia harus bersedekah atas
tiap-tiap persendian.” Mereka berkata, “Siapa yang mampu melakukan itu wahai
Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kamu menimbun ludah (orang) di masjid
(adalah sedekah), kamu menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan (juga
sedekah), jika kamu tidak mampu maka cukuplah dua rakaat dhuha darimu.”
Diriwayatkan oleh
Ahmad dan lafaz hadis ini adalah lafaznya, Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban dalam Sahih keduanya.
Dari Abu Hurairah
r.a berkata,
“Rasulullah saw
mengirim bala tentera, kemudian mereka mengumpulkan harta rampasan yang besar
dan pulang dengan cepat. Maka seorang laki-laki berkata, ‘wahai Rasulullah,
kami tidak melihat bala tentera yang lebih cepat kembalinya dan lebih besar
harta rampasannya daripada bala tentera ini.’
Rasulullah menjawab,
‘Maukah kamu aku beritahu tentang pulang (membawa kemenangan) yang lebih cepat
dari mereka dan harta rampasan yang lebih besar? Ialah, seorang laki-laki
berwudhu lalu dia membaguskan wudhunya kemudian berangkat ke masjid lalu dia
solat Subuh lalu dilanjutkan dengan solat Dhuha, maka dia telah pulang lebih
cepat dan meraih rampasan lebih besar.”
Diriwayatkan oleh
Abu Ya’la, al-Bazzar dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya.
Sumber: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib
[1] Awwabin adalah jamak perkataan
awwab; iaitu orang yang banyak kembali kepada Allah dengan taubat.
No comments:
Post a Comment