ANJURAN DATANG AWAL KE MASJID UNTUK MENUNAIKAN
SOLAT JUMAAT
1. Orang Yang Datang Paling Awal Seolah-Olah
Berkorban Seekor Unta
Dari Abu Hurairah
r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa mandi
pada hari Jumaat sebagaimana mandi junub kemudian berangkat pada waktu yang
pertama, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang berangkat
pada waktu kedua, maka seolah-olah dia berkorban seekor lembu. Barangsiapa yang
berangkat pada waktu ketiga, maka seolah-olah dia berkorban seekor kambing
bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada waktu keempat, maka seolah-olah dia
berkorban seekor ayam. Barangsiapa berangkat pada waktu kelima, maka
seolah-olah dia berkorban sebutir telur. Jika imam telah hadir, maka para
malaikat hadir mendengar zikir (khutbah).
Diriwayatkan oleh
Malik, al-Bukhari dan Muslim.
2. Orang Yang Hadir Setelah Imam Duduk Untuk
Berkhutbah Tidak Termasuk dalam Catatan Malaikat
Di dalam riwayat
lain,
Dari Abu Hurairah
r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Di setiap pintu
dari pintu-pintu masjid pada hari Jumaat terdapat dua malaikat yang menulis
orang yang hadir pertama sekali (paling awal) dan yang berikutnya; seperti orang yang berkorban
seekor unta, seperti orang yang berkorban seekor lembu, seperti orang yang
berkorban seekor kambing, seperti orang yang berkorban seekor burung, dan seperti
orang yang berkorban sebutir telur. Jika imam duduk maka buku catatan ditutup.
Diriwayatkan oleh
Malik, al-Bukhari dan Muslim.
Sumber: Shahih At-Targhib wa At-Tarhib
No comments:
Post a Comment