Oleh: Dr Zakir Naik
Biasanya,
apabila saya bertemu dengan seorang Ateis, perkara pertama yang saya suka
lakukan adalah menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau dan berkata, "Tahniah
khas dari saya untuk anda!",
Ini
kerana
kebanyakan manusia yang beriman kepada agama atau Tuhan mereka hari ini telah melakukan kepercayaan membuta tuli - dia seorang Kristian, kerana bapanya adalah seorang Kristian, beliau seorang Hindu, kerana bapanya adalah seorang Hindu, majoriti rakyat di dunia secara membuta tuli menganut agama bapa-bapa mereka.
kebanyakan manusia yang beriman kepada agama atau Tuhan mereka hari ini telah melakukan kepercayaan membuta tuli - dia seorang Kristian, kerana bapanya adalah seorang Kristian, beliau seorang Hindu, kerana bapanya adalah seorang Hindu, majoriti rakyat di dunia secara membuta tuli menganut agama bapa-bapa mereka.
Namun Ateis,
walaupun dia boleh memilih untuk tergolong dalam keluarga yang beragama, telah
menggunakan akalnya itu untuk menafikan kewujudan Tuhan; apa sahaja konsep atau
sifat-sifat Tuhan yang telah dipelajari di dalam agamanya tidak mungkin
kelihatan logik baginya.
Saudara-saudara
seMuslim saya mungkin akan bertanya, "Zakir, mengapa anda mengucapkan
tahniah kepada Ateis?"
Saya
menyampaikan ucapan tahniah khas buat Ateis adalah kerana dia telah bersetuju
dengan bahagian pertama daripada Syahadah agama Islam, iaitu 'La ilaaha' – yang
bermaksud 'Tiada Tuhan'.
Oleh
yang demikian, separuh daripada tugas dakwah saya sudah selesai, kini hanya
separuh lagi iaitu 'il lallah' yang bermaksud 'Melainkan ALLAH' yang perlu saya
lakukan In sya Allah.
Sekiranya
dengan orang lain (yang bukan Ateis), tugas mula-mula yang perlu saya lakukan
adalah mengeluarkan konsep yang salah terhadap Tuhan dari minda mereka.
Kemudian, meletakkan konsep yang betul tentang Tuhan.
Sebagaimana
kita sedia maklum, kebanyakan manusia menganut fahaman Ateis disebabkan mereka
percaya dalam bidang sains dan teknologi. Orang-orang ini berfikir dengan
perkembangan kemajuan sains, kita tidak memerlukan lagi kitab-kitab atau antara
lain ia bermaksud kita tidak lagi perlu berpegang kepada agama.
Untuk
menjelaskan lebih lanjut kepada Ateis, katakan ada sebuah mesin yang paling
canggih, belum pernah seorang pun manusia yang melihatnya dan mesin ini
diletakkan di hadapan Ateis, kemudian ditanya kepada Ateis itu, siapakah yang
dapat menerangkan fungsi atau mekanisme penggunaan mesin ini.
Apakah
yang anda jangkakan jawapan yang diberikan oleh Ateis tersebut? Sudah tentu mereka
akan berkata, orang pertama yang dapat menerangkan atau menjelaskan mekanismenya
ialah pencipta atau pengeluar atau pembuat mesin itu sendiri.
Sama ada
mereka menyebut pengeluar, pencipta atau pembuat ia akan memberi makna yang
sama.
Kemudian
ajukan soalan selanjutnya, bagaimana pula alam semesta ini boleh wujud?
Justeru, Ateis akan memberitahu kita bahawa pada mulanya terdapat sebuah nebula
utama, lalu terjadinya peristiwa ‘BigBang’ yang kemudiannya menghasilkan
galaksi, matahari, bulan dan bumi yang kita diami ini.
Soal
kepada Ateis lagi, bilakah sebenarnya kejadian ‘BigBang’ ini mula diketahui
oleh manusia? Lalu Ateis akan memberitahu bahawa peristiwa ini diketahui
saintis hanya 30 atau 40 tahun kebelakangan ini.
Apa yang
Ateis katakan berkenaan ‘BigBang’ sebenarnya telah dinyatakan oleh Al-Quran di
dalam surah Al-Anbiya’ surah ke 21 ayat 30 yang bermaksud:
“Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” [Al-Quran
21:30]
Peristiwa
‘BigBang’ yang hanya diketahui puluhan tahun kebelakangan ini telah dinyatakan
oleh Al-Quran sejak 1400 tahun lagi. Siapakah sebenarnya yang menjelaskan
perkara tersebut? Ateis mungkin berpendapat ia hanya satu kebetulan. Tidak
mengapa. Lanjutkan pertanyaan kita lagi..
Adakah
bulan memiliki cahayanya sendiri atau hanya cahaya pantulan? Ateis akan
menerangkan kepada kita bahawa manusia sebelum ini mempercayai bahawa bulan
mempunyai cahaya sendiri. Hanya 200 atau 300 tahun kebelakangan ini, barulah
manusia sedar bahawa bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri tetapi
memantulkan cahaya matahari.
Walau
bagaimanapun Al-Quran semenjak 1400 tahun yang lampau telah menjelaskan perkara
ini di dalam surah Furqan surah ke 25 ayat 61 yang bermaksud:
“Maha
berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang,
dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.”
[Al-Quran 25:61]
Perkataan
yang digunakan untuk cahaya bulan adalah ‘Munir’ atau ‘Nur’ yang membawa maksud
cahaya pantulan atau cahaya pinjaman. Siapakah yang dapat menjelaskan di dalam
Al-Quran 1400 tahun lalu bahawa cahaya yang terdapat pada bulan hanyalah cahaya
pantulan yang baru diketahui manusia ratusan tahun lalu. Lalu Ateis mungkin
berkata, “boleh jadi Nabi Muhammad saw seorang yang bijaksana”. Lanjutkan lagi
perbincangan..
Dunia
tempat yang kita diami ini, apakah bentuknya? Ateis akan menjawab ia berbentuk sfera.
Bilakah perkara ini ketahui? Lalu Ateis memberitahu bahawa pada tahun 1597,
apabila Francis Drake melakukan pelayaran mengelilingi bumi, beliau telah
mengesahkan bahawa bumi ini berbentuk sfera.
Namun,
tahukah Ateis bahawa 1400 tahun lalu Al-Quran telah menyebut bahawa bumi
berbentuk sfera sebagaimana yang terdapat di dalam surah An-Naziat surah 79
ayat 30:
“Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk
kemudahan penduduknya)” [Al-Quran 79:30]
Selain
membawa maksud dihamparkan, perkataan ‘Dahaha’ (dihamparkan) dalam bahasa Arab juga
berasal daripada kata dasar ‘duya’ yang membawa erti telur. Telur di sini bukan
merujuk kepada telur biasa tetapi telur burung kasawari.
Umum
mengetahui bahawa bumi ini bukanlah berbentuk bulat (sfera) sepenuhnya seperti
bola tetapi berbentuk ‘geo-spherical’ (geo-sfera) dan sekiranya kita meneliti
telur burung kasawari, telur ini adalah berbentuk ‘geo-spherical’.
Siapakah
yang dapat menyatakan di dalam Al-Quran 1400 tahun lampau bahawa bumi berbentuk
‘geo-spherical’? sekali lagi, Ateis mungkin berkata, “Nabi Muhammad saw mungkin
terlalu pintar”. Tidak mengapa. Teruskan lagi persoalan..
Sewaktu
saya berada di sekolah suatu ketika dahulu saya telah diajar bahawa matahari
adalah statik. Ia hanya bergerak mengelilingi galaksi namun tidak berputar pada
paksinya sendiri. Kemudian Ateis mungkin bertanya ‘Apakah perkara seumpama ini
juga dijelaskan di dalam Al-Quran?” Saya lalu berkata, “Tidak, perkara ini saya
ketahui ketika belajar di sekolah!”. Kira-kira 12 tahun yang lalu iaitu pada
tahun 1982.
Walau
bagaimanapun, Al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ surah ke 21 ayat ke 33
menyebut:
“Dan Dia
lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan;
tiap-tiap satunya beredar di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”
[Al-Quran 21:33]
Al-Quran
selain menyatakan matahari berputar mengelilingi galaksi, turut menyatakan
bahawa ia juga berputar pada paksinya sendiri. Siapakah yang mampu menjelaskan
fenomena ini di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lampau. Kini, Ateis mula
terdiam. Termenung panjang.
Tidak
perlu menunggu jawapan mereka. Teruskan lagi perkongsian..
Hari
ini, sains menjelaskan bahawa alam semesta adalah berkembang. Fenomena ini
sebenarnya disebut di dalam Al-Quran 1400 tahun lalu di dalam surah
Ad-Dzariyat, surah ke 51 ayat 47 yang bermaksud:
““Dan
langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar
meluaskannya.” [Al-Quran 51:47]
Al-Quran
turut menjelaskan berkenaan proses kitaran air yang kita pelajari semasa di
sekolah. Orang pertama yang merintis kajian tentang kitaran air ini ialah
Bernard Palissy pada tahun 1580. Beliau menjelaskan proses kitaran air yang bermula
dengan air dari lautan meruap kemudian membentuk awan baru, selanjutnya, awan
bergerak ke kawasan daratan lalu turun sebagai hujan.
Proses
kitaran air ini dijelaskan secara terperinci oleh Al-Quran di beberapa tempat
seperti:
Surah Az-Zumar, surah ke 39, ayat 21 [Al-Quran 39:21]
Surah Ar-Rum, surah ke 30, ayat 24 [Al-Quran 30:24]
Surah Al-Hijr, surah ke 15, ayat 22 [Al-Quran 15:22]
Surah Mu’min, surah ke 23, ayat 18 [Al-Quran 23:18]
Surah Nur, surah ke 24, ayat 43 [Al-Quran 24:43]
Surah Rum, surah ke 30, ayat 48 [Al-Quran 30:48]
Surah Al-A’raf, surah ke 7, ayat 17 [Al-Quran 7:17]
Surah Furqan, surah 25, ayat 48-49 [Al-Quran 25:48-49]
Surah Fatir, surah 35, ayat 9 [Al-Quran 35:9]
Surah Yasin, surah 36, ayat 34 [Al-Quran 36:34]
Surah Al-Mulk, surah 67, ayat 30 [Al-Quran 67:30]
Surah At-Tariq, surah 86, ayat 11 [Al-Quran 86:11]
Di sana, terdapat ratusan ayat-ayat Al-Quran yang hanya menyebut tentang kitaran air yang hanya diterokai manusia ratusan tahun kebelakangan ini.
Manusia
juga baru sahaja mengetahui bahawa tumbuhan turut mempunyai jantina (jantan dan
betina) yang telah disebut 1400 tahun lalu oleh Al-Quran seperti yang terdapat di
dalam surah Yasin, surah ke 36 ayat 36 yang bermaksud:
“Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
[Al-Quran 36:36]
Hari ini
kita juga telah mengetahui bahawa terdapat dua jenis air, iaitu air tawar dan
air masin, di mana wujud pengadang (sempadan) di antara keduanya yang
dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Furqan surah ke 25 ayat 53 dan surah
Ar-Rahman surah ke 55 ayat 19-20:
“Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua
laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi
masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan
sekatan yang menyekat percampuran keduanya.” [Al-Quran
25:53]
Hari ini
sains memberitahu kita bahawa gunung-ganang berfungsi mencegah bumi daripada
bergoncang yang turut di sebut Al-Quran di dalam surah Naba surah 78 ayat 6 dan
7.
Al-Quran
juga menceritakan tentang biologi seperti yang disebut di dalam surah
Al-Anbiya’ surah ke 21 ayat 30 yang bermaksud:
“..dan
Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak
mahu beriman?” [Al-Quran 21:30]
Al-Quran
turut membicarakan tentang zoologi seperti kehidupan labah-labah di dalam surah
Al-Ankabut surah ke 29 ayat 41. Tentang semut di dalam surah An-Naml, surah ke
27 ayat 17-18. Berkenaan lebah di dalam surah An-Nahl, surah ke 16 ayat 68-69.
Al-Quran
turut membicarakan tentang embriologi di dalam surah Al-‘Alaq surah ke 96 ayat
1-2 yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku
(‘alaq)”. ‘Alaq yang turut bermaksud benda seperti lintah yang baru
kemudian diketahui.
Al-Quran menjelaskan peringkat-peringkat proses embriologi di dalam surah Mu’minun surah ke 23 ayat 12 hingga 14. Anda boleh melanjutkan perbicaraan berkenaan fakta saintifik di dalam Al-Quran. Beribu ayat yang hanya menyebut tentang sains.
Setiap
persoalan saintifik yang disebut, siapakah yang mampu memberikan jawapan
sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran? Sudah tentu, jawapan Ateis adalah
Pencipta, Pengeluar atau Pembuat.
Pencipta
ini, Pembuat ini, Pengeluar ini, kami Muslim memanggilNya sebagai Allah.
Justeru,
sebab itulah, seorang ahli falsafah terkenal, Francis Bacon berkata,
“Pengetahuan cetek dalam bidang sains, menjauhkan seseorang daripada Tuhan yang
Maha Kuasa. Namun, pemahaman mendalam tentang sains, menjadikan seseorang
percaya adaNya Tuhan yang Maha Kuasa.”
Oleh
yang demikian, sains hari ini bukan menolak adaNya Tuhan, tetapi membuktikan
atau mengesahkan lagi kewujudanNya.
“'La
ilaaha 'il lallah”
Terjemahan:
Mohd Aziz
Sumber:
YouTube
No comments:
Post a Comment