Pages

Wednesday, 12 December 2012

: : Islam Bhg. I : :

Islam
Oleh: Sheikh Ahmad Deedat
Soalan
Bagaimanakah anda menerangkan Islam kepada orang bukan Islam?
Penjelasan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Tuhan (agama samawi) yang tidak sama dengan agama Judaisme (Yahudi) mahupun Kristian. Usahlah tuan-tuan terperanjat dengan kenyataan tersebut kerana saya akan mengemukakan fakta-faktanya.
Andai kita berpeluang untuk bertemu
dengan Nabi Musa a.s, lalu kita ajukan soalan kepadanya, “Wahai Nabi Musa, apakah agama yang kamu anuti?”

Saya jamin dia tidak akan berkata bahawa agama saya adalah agama Judaisme (Yahudi). Ini kerana perkataan Judaisme belum pernah dia dengar sepanjang hidupnya. Istilah Judaisme ini hanya muncul selepas zaman Nabi Musa a.s telah lama ditinggalkan. 

Bagaimana istilah ini muncul? Sewaktu orang luar dari Judia, melihat keturunan Yahuda di Judia (Judia merupakan sebuah tempat di Palestin) mempraktikkan agama mereka (Judaisme), orang luar tersebut lalu memanggil keturunan Yahuda sebagai Judaisme (penganut Yahudi).

Dalam erti kata lain, Judaisme bermaksud agama yang dianuti oleh keturunan Yahuda di Judia, Palestin. Inilah asal istilah bagi Judaisme.

Berbalik kepada soalan tadi, andai kita berpeluang untuk bertanya Nabi Musa a.s, sudah pasti beliau akan menjawab, “agama saya adalah agama yang berserah diri kepada kehendak Tuhan”. Satu istilah bagi jawapan tersebut dalam bahasa Arab disebut “Islam”.

Islam bermaksud “agama yang berserah diri kepada kehendak Tuhan”.

Selanjutnya, mari kita teliti pula apakah agama bagi Nabi Isa a.s (Jesus a.s). Sekiranya kita berkesempatan untuk berjumpa dengannya pada kedatangan kali kedua nanti, lalu kita bertanya, “wahai Nabi Isa, apakah agama kamu?”.

Saya tidak menjangkakan bahawa dia akan menjawab, “agama saya ialah Kristian”. Kerana belum pernah ia mendengar dalam hidupnya perkataan, Kristus (Christ) atau Kristian, mahupun Kristianiti. Ketiga-tiga perkataan tersebut hanyalah rujukan menurut Bible (Alkitab). 

Perkataan atau istilah Kristian pertama kali digunakan adalah pada kitab kejadian (book of act). Kitab ini menjelaskan musuh-musuh Isa as ketika di Anthiokia, mereka telah mencemuh sambil menuding dengan berkata “inilah Kristian” yang bererti pengikut Kristus (Jesus Christ).

Dan kita yakin Nabi Isa (Jesus) tidak menyebut dirinya Kristian. Andai berlaku demikian (iaitu jika Nabi Isa mendakwa beliau adalah penganut Kristian), timbul pula persoalan, apakah ikutan/mazhabnya? Adakah dia pengikut kesaksian Jehova atau Advent, atau Manonite atau Mormon atau Roman Katolik? Yang mana?

Apa yang kita jangka, dia (Nabi Isa a.s) akan berkata, “agama saya adalah agama yang berserah diri kepada kehendak Tuhan”. Satu perkataan bagi jawapan tersebut dalam bahasa Arab disebut “Islam”.

Islam bermaksud “agama yang berserah diri kepada kehendak Tuhan”.



Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...