Dari anas bin malik
r.a, ia berkata:
“Ada
satu keluarga dari kaum Ansar memiliki seekor unta yang biasa mereka gunakan
mengangkut air, dan ia membangkang terhadap mereka dan tidak mahu mereka
tunggangi punggungnya, kemudian kaum Ansar tersebut datang kepada Rasulullah saw lalu berkata:
“Sesungguhnya kami memiliki seekor unta yang
kami gunakan untuk mengangkut air di atas punggungnya, ia membangkang terhadap
kami dan tidak mahu kami tunggangi punggungnya, sedangkan tanaman dan pohon kurma
sudah kekeringan?’
Maka
Rasulullah
saw bersabda kepada para sahabatnya, ‘Bangkitlah kalian’. Maka mereka pun
bangkit, dan beliau memasuki kebun sedangkan unta berada di pojok.
Maka
Nabi saw berjalan menuju kepadanya.
Lalu kaum Ansar berkata, ‘Ya Rasulullah, ia
telah menjadi seperti anjing gila, kami khuatir engkau dari serangannya’.
Beliau bersabda, ‘Ia tidak akan membahayakanku.’
Tatkala
unta itu melihat Rasulullah saw, ia menghampiri beliau hingga akhirnya menyungkur
sujud di hadapan beliau. Rasulullah saw, lalu memegang ubun-ubunnya,
menjadikannya sangat tunduk tidak seperti sebelumnya, hingga beliau memperkerjakannya.
Maka
para sahabatnya berkata kepada beliau, ‘Ya Rasulullah, ini seekor haiwan ternak
yang tidak berakal sujud kepadamu, sedangkan kami berakal, kami berhak untuk
sujud kepadamu’.
Beliau
saw selanjutnya bersabda: ‘Tidak layak bagi manusia sujud kepada manusia. Dan
kalau sekiranya layak bagi manusia sujud kepada manusia, nescaya saya
perintahkan kepada wanita untuk sujud kepada suaminya, kerana sangat besar
haknya ke atas isterinya.
Kalau
seandainya dari kaki suami hingga batas kepalanya terdapat luka yang
mengeluarkan nanah dan darah busuk, kemudian sang isteri mendatanginya lalu
menjilatnya, maka ia belum menunaikan haknya’.”
[HR
Ahmad, dinilai shahih lighairihi oleh al-Albani]
Dari Ibnu Abi Aufa,
ia berkata:
“Tatkala
Muadz bin Jabal datang dari negeri Syam, ia sujud kepada Nabi saw, maka beliau
saw bersabda, ‘Apa ini?’
Muadz
menjawab, ‘Ya Rasulullah, saya datang dari negeri Syam dan ternyata saya
menjumpai mereka sujud kepada panglima dan para uskup mereka, maka dari itu
saya ingin melakukan hal seperti itu kepadamu.’
Beliau
saw lalu bersabda: ‘Jangan kamu melakukannya! Sebab sesungguhnya aku, kalau
(boleh) memerintahkan sesuatu untuk sujud kepada sesuatu, nescaya aku
perintahkan kepada perempuan untuk sujud kepada suaminya.
Dan
demi Rabb (Tuhan) yang jiwaku ada di TanganNya, seorang perempuan belum
menunaikan hak Rabbnya sebelum ia menunaikan hak suaminya’.”
[HR
Ibnu Majah di sahihkan oleh al-Albani]
No comments:
Post a Comment