Oleh:
Prof. Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi
Soalan
Saya
memiliki sebuah kamera untuk mengambil gambar pada majlis-majlis tertentu.
Apakah mengambil gambar dengannya berdosa ataupun haram?
Jawapan
Mengenai
mengambil gambar dengan kamera, bekas mufti Mesir Sheikh Muhd Bakhit al-Muti’l
salah seorang ulama besar dan mufti pada masanya mengemukakan pendapatnya
melalui satu risalah yang bertajuk ‘al-Jawab al-Kafi fi Ibahatil al-Taswir
al-Fotografi’ bahawa mengambil gambar itu harus.
Menurut
beliau lagi, berdasarkan realiti ia bukanlah satu aktiviti penciptaan
sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis:
“Dia
mencipta seperti ciptaanku.”
Sebaliknya
ia adalah proses menahan bayangan. Amatlah sesuai penduduk Teluk menamakannya
“al-aksu” dan tukang gambar pula digelar “al-akkas”, ia bukan seperti yang
dilakukan oleh pengukir atau penulis.
Oleh
itu, ia tidak termasuk dalam hukum haram, bahkan ianya harus. Fatwa Syeikh Mohd
Bakhit ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama dan pendapat inilah yang saya
pilih untuk dimuatkan ke dalam buku saya, “Al-Halal Wa al-Haram”.
Proses
mengambil gambar ini seperti yang telah saya sebutkan sebenarnya tiada apa-apa
halangan dengan syarat gambar itu halal, bukannya gambar wanita berbogel atau
separuh bogel ataupun pemandangan yang tidak diharuskan syarak.
Namun,
sekiranya dia merakam gambar anak-anaknya, sahabat-sahabat atau pun pemandangan
alam semula jadi dan majlis keramaian, maka tiada apa-apa halangan.
Ada
beberapa keadaan darurat yang mengharuskan penggambaran hatta di kalangan orang
yang kuat berpegang kepada agama sekalipun seperti gambar pasport, kad
pengenalan dan orang-orang yang diragui kerana seiras.
Sumber:
Fatwa Masa Kini
No comments:
Post a Comment