Pages

Tuesday, 12 March 2013

: : Pengebumian vs. Pembakaran : :

Pengebumian vs. Pembakaran
Oleh: Dr Zakir Naik



Mengapa Islam mengebumikan mayat, sebaliknya bukan dengan cremating; iaitu membakar mereka?

1. Komponen badan manusia yang hadir dari tanah

Unsur-unsur yang terdapat dalam tubuh manusia adalah berasal dari tanah baik dalam kuantiti yang kecil mahupun besar. Oleh itu, secara saintifiknya adalah lebih baik untuk mengebumikan mayat, kerana ia mudah untuk mereput dan bercampur dalam tanah.

2. Tidak menyumbang kepada pencemaran

Cremating (pembakaran) mayat membawa kepada pencemaran atmosfera yang memudaratkan kesihatan dan berbahaya untuk alam sekitar. Sebaliknya pencemaran tidak berlaku apabila mayat tersebut ditanam atau dikebumikan.

3. Persekitaran tanah menjadi subur

Untuk menjalankan proses cremating (pembakaran mayat) beberapa batang pokok perlu ditebang; yang akan mengurangkan kehijauan dan membahayakan alam sekitar serta mengancam sistem ekologi. Namun, apabila mayat dikebumikan, selain pokok-pokok dapat diselamatkan, tanah di sekitarnya juga menjadi subur; secara tidak langsung ia menyumbang kepada penambahbaikan alam sekitar.

4. Penjimatan

Cremating memerlukan kos yang besar kerana memerlukan jumlah kayu yang banyak. Di India sahaja, setiap tahun kos untuk proses cremating telah menelan jutaan rupee. Manakala kos bagi mengebumikan mayat adalah sangat murah berbanding cremating. (Kadangkala) tidak melibatkan sebarang kos kewangan.

5. Tanah yang sama boleh digunakan untuk mengebumikan mayat yang lain

Kayu yang telah digunakan untuk proses cremating mayat tidak lagi boleh digunakan kerana telah bertukar menjadi abu. Walau bagaimanapun bagi proses pengebumian tanah yang digunakan untuk menanam mayat boleh dimanfaatkan semula untuk menanam mayat yang lain selepas beberapa tahun kerana tubuh manusia telah mereput dan bercampur dalam tanah.

Terjemahan: Mohd Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...