Simpanan Wang Gaji
Oleh:
Dr Zaharuddin
Soalan
Saya
pekerja yang bergaji dan wang gaji dimasukkan ke dalam akaun bank. Adakah itu
juga terlibat dengan riba?
Jawapan
Jika
wang gaji anda dimasukkan ke dalam akaun bank konvensional dan bukan ke dalam
bank islam, ia adalah riba. Untuk pengetahuan saudara, akaun yang bercirikan
Islam perlu mempunyai nama sama ada “Wadiah” atau “Mudharabah”.
Adapun
menyimpan di akaun biasa konvensional adalah haram kerana membantu industri riba untuk menggunakan wang simpanan kita bagi tujuan yang haram. Selain itu,
ia juga haram kerana pihak bank akan memberikan interest atas wang simpanan
kita.
Sekali
lagi diingatkan bahawa jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun, ia
tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu dikira membantu bank
konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka iaitu member
pinjaman dengan mengenakan riba keatas orang ramai.
Sumber: Riba
& Isu Kewangan Islam
No comments:
Post a Comment