Oleh:
Dr Zakir Naik
i.
Definisi
Dari
segi bahasa Syirik bermaksud berkongsi atau bersekutu. Dalam Islam, Syirik
bermaksud menyekutukan Allah swt dengan sesuatu. (Contohnya; menyembah berhala,
menyembah makhluk atau mengatakan bahawa terdapat tuhan selain Allah).
ii.
Syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah swt
Kitab
suci Al-Quran menyebut berkenaan dosa yang paling besar ini di dalam surah
An-Nisa:
“Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang amat besar.”
[Al-Quran 4:48]
Mesej
yang sama diulangi di dalam surah An-Nisa ayat ke 116:
“Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua),
dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka Sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
[Al-Quran 4:116]
iii.
Syirik membawa ke Neraka
Kitab
suci Al-Quran menyatakan di dalam surah al-Maidah:
“Demi sesungguhnya! Telah
kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni
(anak) Maryam". Padahal Al-Masih (Jesus Kristus a.s) sendiri
berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu,
bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.” [Al-Quran 5:72]
iv.
Tidak ada penyembahan dan pengabdian melainkan kepada Allah swt
Kitab
suci Al-Quran menyebut di dalam surah Ali-Imran:
“Katakanlah (Wahai
Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara
kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita
tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
disembah selain dari Allah’. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling
(enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kamu bahawa
sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam’.” [Al-Quran 3:64]
Kitab
suci Al-Quran menyebut di dalam surah Al-Hajj:
“Wahai umat manusia,
Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan
bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari
Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka
berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu
dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya
lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang
diminta (daripada menunaikannya).”
[Al-Quran 22:73]
Terjemahan: Mohd Aziz
No comments:
Post a Comment