Pages

Sunday 14 April 2013

: : Langit: Bumbung Perlindungan : :

Langit: Bumbung Perlindungan
Oleh: Harun Yahya


Dalam Al-Quran, Allah menarik perhatian manusia kepada ciri-ciri langit;

“Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap (bumbung) terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” [Al-Quran 21:32]

Sifat langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan di abad ke-20 ini.

Ruang atmosfera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan alam hidupan untuk wujud. Antara fungsi atmosfera adalah; memusnahkan sejumlah meteor besar dan kecil yang menghampiri bumi dan sekaligus menghalangnya dari jatuh ke muka bumi dan membahayakan makhluk hidupan.
Selain itu, atmosfera turut berfungsi menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang berpotensi membahayakan makhluk hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menyerap sinaran yang berguna dan berfaedah (cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radi) untuk menembusinya.

Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya tak nampak, yang hanya sebahagian saja dibenarkan masuk dalam atmosfera adalah sangat penting bagi menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang berperanan membantu mengekalkan makhluk hidupan.

Sebahagian besar sinaran lembayung ungu dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari dituras keluar melalui lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membenarkan sebahagian kecil spektrum ultra ungu untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protektif (perlindungan) atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan luar angkasa dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, sejenis lapisan yang terhasil melalui medan magnet bumi juga turut berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi merbahaya yang mengancam planet kita.

Radiasi merbahaya ini yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang lain adalah berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan.

Sekiranya jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh sejenis tenaga dipanggil nyalaan solar yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan seluruh makhluk bernyawa di muka bumi.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

“Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem suria kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab ke atas medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi.

Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang memiliki medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi.

Bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak memiliki sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah sebuah rekaan yang unik kepada bumi. 1

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima.

58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2,500 darjah selsius.”

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Tetapi Allah s.w.t telah menerangkan kepada kita dalam Al-Quran mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai sebuah perisai pelindung 14 abad lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...