Pages

Sunday 14 April 2013

: : Peranan Gunung-Ganang : :

Peranan Gunung-Ganang
Oleh: Harun Yahya



Al-Quran telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.

“Dan Kami jadikan di bumi ini gunung-ganang yang teguh supaya ia tidak bergoncang bersama mereka....” (Al-Quran 21: 31)

Seperti yang telah kita lihat dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung memainkan peranan untuk mengelakkan goncangan pada bumi.

Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapa pun di saat Al-Quran diwahyukan. Ia menjadi sebuah fakta yang hanya diketahui hari ini melalui penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah timbul hasil daripada pergerakan dan pertembungan bongkah daratan yang besar membentuk kerak bumi.

Apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan menggelongsor ke bawah dan yang di atas akan melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang.

Lapisan yang di atas akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Akibatnya, seperti yang dinyatakan, pergunungan mem-punyai bahagian memanjang ke bawah yang sama besar dengan bahagian atas yang tertonjol di permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.

Di kawasan benua yang lebih tebal, seperti mana perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.

Dalam sepotong ayat, peranan gunung-ganang dijelaskan dengan membandingkannya sebagai “pancang”:

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pancang?” (Al-Quran 78: 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, menggenggam lapisan pada kerak bumi bersama melalui sebuah “pancang” yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi dan selanjutnya menghubungkan semua lapisan di dasar bumi.

Melalui cara ini, ia menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama lapisan lain.

Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusasteraan saintifik dengan istilah “isostasi”. Definisi isostasi;

“Keseimbangan di dalam kerak bumi dikekalkan oleh sebuah kandungan material batu-batan di dasar permukaan di bawah tekanan graviti.”

Peranan penting gunung-ganang yang ditemui melalui hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Quran berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Quran menyebut;

“.....dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…” (Al-Quran 21: 31)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...