Pages

Monday 15 April 2013

: : Susu Ibu : :

Susu Ibu
oleh: Harun Yahya


Susu ibu adalah sebuah sebatian yang tiada tandingan diciptakan oleh Allah sebagai sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan sekaligus berperanan meningkatkan imuniti melawan penyakit.

Bahkan makanan bayi tiruan yang dihasilkan melalui teknologi pemakanan terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi yang sungguh menakjubkan ini.

Faedah dan manfaat susu ibu terhadap tumbesaran bayi sentiasa ditemui. Satu dari fakta yang berjaya disingkap melalui dunia sains ialah penyusuan susu ibu selama dua tahun setelah kelahiran adalah sangat berfaedah.

Tuhan telah memberi sebuah maklumat penting yang baru ditemui oleh sains kini, dengan ayat “….. menceraikan dari susuan setelah dua tahun,” 1400 tahun lalu. Kitab suci Al-Quran menyebut:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan dari susuan setelah dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.” [Al-Quran 31: 14]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...