Pages

Wednesday, 20 July 2016

: : 7 Alasan Mengapa Kita Perlu Membaca Al-Quran : :

7 Alasan Mengapa Kita Perlu Membaca Al-Quran
Oleh: Shabir Ali


1.      Mukjizat

Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diberikan kepada baginda Nabi Muhammad saw. Mukjizat ini tidak mampu untuk ditiru atau ditandingi oleh mana-mana makhluk. Malah Allah swt sendiri telah menegaskan di beberapa tempat di dalam Al-Quran, bahawa manusia tidak mampu untuk mendatangkan sesuatu yang sama seperti Al-Quran, walaupun mereka (manusia dan jin) berkumpul bersama-sama dan saling bantu membantu. Sejak lebih 1400 tahun Al-Quran diturunkan sehingga ke hari ini; telah ada berbilion buah buku yang dihasilkan, tetapi tidak ada satu pun yang sama dengan Al-Quran.

2.      Tulen/Asli (Tiada sebarang perubahan)

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang cukup tua. Ia diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu. Walaupun telah lama beredar di serata pelusuk, namun Al-Quran tetap utuh, tidak ada sebarang perubahan sejak ia mula diturunkan. Bahkan, Tuhan sendiri menegaskan bahawa Dia yang telah memelihara Al-Quran. Al-Quran benar-benar kekal asli sebagaimana ia diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu.

3.      Kitab Wahyu Terakhir

Al-Quran adalah wahyu Allah swt yang terakhir kepada manusia. Sebelum itu, Allah swt telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa a.s, dan akhirnya Al-Quran kepada baginda Nabi Muhammad saw. Tidak ada lagi wahyu yang lain yang akan datang dari Allah untuk mengatasi/menggantikan wahyu terakhir ini.

4.      Kebenaran Al-Quran

Tidak ada sesiapapun yang boleh mempertikaikan kebenaran kitab suci ini. Al-Quran bercakap tentang sejarah masa lalu dan ternyata betul. Ia membicarakan tentang masa depan dan ternyata betul. Ia menyebut perihal butiran fenomena fizikal yang tidak diketahui oleh manusia pada masa itu; namun penemuan saintifik moden kemudiannya mengesahkan bahawa selama ini Al-Quran adalah betul. Buku-buku yang lain perlu disemak semula supaya selaras dengan pengetahuan moden. Al-Quran sebaliknya tidak pernah bercanggah dengan penemuan moden.

5.      Buku Panduan Terbaik

Al-Quran merupakan buku panduan terbaik untuk memandu kehidupan manusia ke arah kesejahteraan, keamanan dan keharmonian. Tidak ada buku selain Al-Quran yang mengutarakan pelbagai sistem yang menyeluruh yang melibatkan semua aspek kehidupan manusia. Selain itu, Al-Quran juga menunjukkan cara untuk mendapatkan kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti. Ia adalah pelan tindakan atau peta yang menunjukkan dan menerangkan kepada anda bagaimana untuk sampai ke syurga.

6.      Anugerah Rahmat Dari Tuhan

Allah swt setelah mencipta kita, tidak membiarkan kita begitu sahaja atau tanpa panduan. Kita manusia dicipta bukan untuk sia-sia. Tuhan telah memberitahu kita mengapa Dia menciptakan kita, apa yang perlu kita lakukan, dan apa yang telah disediakan untuk kita. Katakan kita mengendalikan satu mesin, tetapi kita tidak mengikut manual atau spesifikasi pencipta mesin tersebut, sudah tentu kita akan merosakan mesin tersebut. Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita juga mempunyai manual yang disediakan oleh Pencipta untuk kita? Sudah pasti ya dan manual bagi kita adalah Al-Quran. Al-Quran adalah manual istimewa dari Tuhan untuk kita berfungsi dengan baik. Ia adalah rahmat penyembuhan dari Allah. Ia memenuhi keperluan jiwa dan membersihkan hati. Ia juga membuang keraguan dan membawa keamanan.

7.      Bahan Perantara Untuk Berkomunikasi Dengan Tuhan

Manusia adalah makhluk sosial. Manusia suka berkomunikasi dan berinteraksi dengan kehidupan pintar yang lain. Al-Quran memberitahu kita bagaimana untuk berkomunikasi dengan sumber bagi segala kepintaran yakni Allah swt Tuhan Yang Maha Esa. Al-Quran memberitahu kita siapa Tuhan, bagaimana kita seharusnya menyebut nama Tuhan, dan bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan-Nya.

Terjemahan: Mohd Aziz

Sunday, 15 May 2016

: : Kenapa Tidak Tuhan Menghapuskan Sahaja Syaitan ? : :

Kenapa Tidak Tuhan  Menghapuskan Sahaja Syaitan?
Oleh: Dr. Zakir Naik


Gambar sekadar hiasan

Soalan:

Kenapa Allah menentang Syaitan dan memberikannya kesempatan untuk menyesatkan kita, sedangkan Allah tahu bahawa sifat dari makhluk ini, bahawa manusia akan diperdaya, kenapa dia tidak langsung sahaja menghabiskan(menghapuskan) Syaitan pada waktu itu?

Jawapan

Anak ini bertanya dengan sangat baik, bahawa kenapa Allah swt menentang Syaitan dan memberikan kepada Syaitan kesempatan untuk memperdaya manusia? Kenapa tidak sahaja Allah menghapuskannya pada saat itu juga?

Untuk makluman anak muda, bukanlah Allah swt yang menentang Syaitan, namun Syaitanlah yang menentang Allah swt. Iblis pada asalnya adalah salah satu jin yang baik, yang sangat soleh dan taat, tetapi ia sombong.

Ketika Allah swt memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia berkata:

“Kenapa aku harus bersujud kepada orang yang diciptakan daripada tanah, sedangkan aku diciptakan daripada api..”

Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah, Al-A’raf, surah ke 7 ayat 12:

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-Quran 7:12]

Jadi dia sombong. Dia sangat taat pada awalnya, dia sangat soleh, dia (Iblis) adalah makhluk yang terbaik dari bangsa jin, sehingga dia bersama barisan para malaikat. Namun ketika Allah memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia tidak bersujud kerana kesombongannya.

Kemudian dia meminta penangguhan ketika Allah ingin menghukumnya. Dia berkata “berikan aku penangguhan.” Penangguhan ertinya penundaan terhadap hukumannya. “Kemudian aku akan menyesatkan manusia.” Jadi Allah berfirman “Aku akan memberimu penangguhan.”

Kemudian Syaitan memohon dengan Allah, “Tunda hukumanku. Dan jika engkau menunda hukumanku, aku akan menyesatkan manusia.” Oleh itu, Allah kemudian berfirman, “Aku menunda hukumanmu. Aku memberimu penangguhan sampai hari kiamat. Dan engkau (Syaitan) tidak akan boleh menyesatkan orang-orang Muslim yang berada di jalan-Ku (jalan yang lurus).
Tapi bagi yang bukan Muslim sejati, yang tidak taat kepada-Ku, kau boleh sahaja menyesatkan mereka.”

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah alHijr, surah ke 15 ayat 32-43:

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
[Al-Quran 15:32-43]

Jadi ketika Allah memberikannya kesempatan sampai hari kiamat, Allah telah menunda hukumannya. Oleh yang demikian, bagaimana Allah boleh menghapuskannya; sedangkan Allah sudah berjanji dan Allah tidak boleh mengingkari janjinya. 

Allah Maha Besar. Justeru iblislah yang menentang Allah s.w.t.

Selain itu, perlu untuk diketahui bahawa bagi manusia, kehidupan ini merupakan ujian untuk hari akhirat. Mereka yang beriman pada Quran dan Hadis Sahih akan berjaya dalam ujiannya dan akan menuju ke syurga. Namun, bagi mereka yang tidak mengikuti Quran dan Sunnah, mereka ini tidak berjaya dan tidak akan masuk ke syurga.


Wednesday, 10 February 2016

: : Zikrullah : :

Mengingati Allah
Oleh: Syeikh al-Maghmasi



Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah pada setiap waktu dan ketika dan di mana-mana sahaja.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika kamu sedang berada di dalam penerbangan.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika kamu bersendirian di dalam rumah atau di mana-mana tempat.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika kamu bersama-sama dengan rakan-rakan.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika kamu pergi dan pulang dari Masjid.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika menaiki tangga rumah kamu.

Ingatlah (bezikirlah) kepada Allah ketika kamu bersam-sama dengan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu.

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah pada setiap waktu dan ketika dan di mana-mana sahaja.

Allah swt berfirman di dalam surah Ali Imran, surah ke 3 ayat 190 dan 191:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Manakala di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, mafhumnya

Rasulullah (saw) bersabda, “Perumpamaan orang yang ingat kepada Rabb-Nya dan orang yang tidak ingat kepada-RabbNya, adalah seperti orang yang hidup dan yang mati”.

Dan Allah swt berfirman di dalam surah al-Anam, surah ke 6 ayat 122:

“Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)”.

Juga firman Allah swt di dalam surah ar-Rad, surah ke 13 ayat 28:

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...