Atnatu
oleh: Sheikh Ahmad Deedat
Konsep Yang Datang Jauh Dari Hujung Timur

Antara keseluruhan 155 nama-nama yang menarik bagi Tuhan yang wujud dalam berbagai-bagai bahasa, yang paling mencuit hati saya adalah nama yang dikenali sebagai –“ATNATU!”
Apakah yang membuatkan nama ini begitu kelakar?
Puak Aborgine (penduduk primitif) di Selatan Australia, memanggil Tuhan mereka dengan panggilan “ATNATU”. Hal ini berlaku, berkemungkinan ada ahli falsafah, penyair ataupun Nabi yang telah memprogramkan pemikiran mereka bahawa Tuhan adalah benar-benar bebas dari segala keperluan. Dia, Tuhan adalah berdiri dengan sendiri, dan Dia tidak perlu kepada makanan atau minuman. Kualiti atau sifat ini dalam bahasa mereka disebut sebagai “ATNATU”, yang mana dari segi bahasa membawa maksud, sesuatu (zat) atau seseorang “tanpa Dubur” atau “tanpa apa-apa kecacatan”, iaitu sesuatu yang tidak berhadas atau melakukan qada’ hajat.
Seketika saya mula berkongsi idea baru ini bersama-sama dengan rakan-rakan dari penganut agama Hindu, Kristian dan Islam, kesemua mereka menunjukkan reaksi awal yang menggelikan hati apabila mendengar istilah tersebut. Lalu mereka ketawa dan terus ketawa.
Namun, kebanyakan mereka tidak sedar bahawa istilah tersebut akan terpalit ke atas mereka semula. Walaupun perkataan "ATNATU" yang dikaitkan dengan “Dubur” atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut “Anus” adalah perkataan kecil, namun ramai yang belum pernah mendengarnya. Istilah ini sebenarnya boleh mengundang sensitiviti masyarakat, justeru dalam ucapan umum saya memilih untuk tidak menyebut istilah tersebut.
Oleh itu, bagi memudahkan keadaan, mari kita perkatakan terma tersebut sebagai ungkapan yang membawa erti, “apa yang anda makan atau ‘masukkan’, anda mesti benarkan apa yang anda makan tadi untuk ‘keluar’ semula”. Dengan lebih jelas lagi ia bermaksud, seseorang yang makan, perlu menurut aturan semulajadi, iaitu perlu kepada tandas atau semak. Bagi mengharmonikan idea tersebut, rakan primitif kita menyatakan Tuhan sebagai “ATNATU” iaitu Tuhan “tanpa sistem pencernaan atau lubang keluar.”
Tuhan Tidak Makan
Konsep baru tentang Tuhan yang dibawa oleh manusia primitif ini bukanlah sebenarnya suatu idea yang baru. Hakikatnya Tuhan yang Maha Kuasa, telah menyampaikan konsep yang sama kepada manusia menerusi kitab sucinya yang terakhir iaitu al-Quran, tetapi dalam bahasa yang begitu luhur, mulia dan sesuai dengan Pengarangnya. Disebabkan cara yang sangat santun inilah, ramai antara kita yang terlepas pandang terhadap mesej tersebut.
Kitab suci Al-Quran di dalam surah Al-An’am surah ke 6 ayat ke 14 menyebut:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) Pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan..”
[Al-Quran 6:14]
Mesej yang sama juga disampaikan oleh Allah swt di dalam surah Taha surah ke 20 ayat ke 132:
“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
[Al-Quran 20:132]
Apakah Jesus (Nabi Isa) Makan?
Kitab suci Al-Quran ada menyebut di dalam surah Al-Maidah surah ke 5 ayat ke 75 yang berbunyi:
“Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah datang sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah makan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan, kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu)."
[Al-Quran 5:75]
Mesej yang sama disebut di dalam Kitab Bible:
“And they gave him (Jesus) a piece of broiled fish, and of an honeycomb. And he (Jesus) took it, and did eat before them.”
“Dan mereka telah memberikan dia (Jesus) sekeping ikan masak dan sebuku sarang lebah. Dan dia (Jesus) mengambilnya, lalu telah makan sebelum mereka makan.”
[Luke 24: 42-43]
Sudah terang lagi bersuluh, apakah kita masih memerlukan puak primitif selatan Australia untuk mengingatkan kita. Dalam bahasa desa mereka yang sangat mudah, mereka cuba memberitahu kepada dunia bahawa Tuhan tidak makan. Sesuatu atau seseorang yang makan, tidak mungkin akan menjadi Tuhan, kerana dia tidak memiliki kualiti atau sifat “ATNATU”.
Terjemahan oleh: Mohd Aziz

No comments:
Post a Comment