Oleh:
Prof Dr Hamka
Manusia telah ada di dunia. Namun manusia
mengakui bahawasanya dia terjadi bukanlah atas kehendaknya. Bukanlah dia yang
menjadikan dirinya. Bukan dia yang
membuat anaknya. (Kalau manusia sendiri yang membuat anaknya, tentulah anak yang berpangkat besar, kaya-raya, tidak berpenyakit, akhlak baik, cantik dan sebagainya yang dia mahu. Namun, kadang-kadang anak yang lahir tidak cukup bulan, cacat anggota, bahkan ada yang mati sejurus selepas lahir). Manusia sedar bukan dia yang membuat anaknya.

Bumi tempatnya tegak pun bukanlah dia yang
membuat. Dia hanya telah mendapati saja bumi itu ada. Langit pun didapati telah
menjadi atap tempat berlindung, dan tangan kita tidak ikut membinanya.
Ada beberapa orang manusia sekali-sekali
menyombong lalu mendakwakan dirinya Tuhan, yang maha kuasa pula. Sebenarnya
semua orang pun mudah saja mendakwakan kata demikian, meskipun menjadikan
sehelai bulu romanya pun dia tidak sanggup. Teranglah sudah bahawasanya
mengadakan dan menimbulkan sesuatu
daripada tidak ada, tidaklah ikut campurtangan manusia, atau binatang atau
tumbuh-tumbuhan. Dan terang pulalah bahawasanya segala sesuatu, tidak ada yang
terjadi sendirinya.
Asal fikiran sihat, walaupun belum tinggi
dan belum menjadi ahli ilmu pengetahuan yang mendalam, nescaya sekali lintas
pun akan mengaku bahawasanya ini Ada yang menjadikan. Memang ada Yang Maha
Kuasa, Ada Allah, Ada Tuhan.
Bangsa Arab yang mula-mula menerima Al-quran
dalam masyarakatnya yang masih sederhana, dianjurkan melihat unta, bagaimana
dia dijadikan. Melihat langit, bagaimana dia diangkatkan. Melihat bukit-bukit,
bagaimana dia dipancangkan. Melihat bumi, bagaimana dia dihamparkan! Dan setiap
orang atau setiap bangsa yang berakal, dengan melihat kejadian alam kelilingnya
akan dapatlah dia bertanya: “Siapa yang menjadikan ini?” Dia senantiasa, akan
menjawab: “Ada Tuhan!”
Sumber: Falsafah Ketuhanan
No comments:
Post a Comment