Persamaan
& Perbezaan
Kita sebenarnya sedang menunggu untuk mati dan bertemu dengan yang Maha Kuasa, Allah.
Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran surah (al-Jumuah:8, al-A’raf:34, an-Nisa:78) yang bermaksud:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan, dan tidak dapat pula mereka dahulukan walau sesaat pun.” [Al-Quran 7:34]
“Di mana jua kamu berada, maut pasti akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Inilah persamaan kita. Sebagai manusia, makhluk ciptaanNya, setuju atau tidak, mahu atau pun tidak, kita terpaksa menelan kenyataan ini bahawa kita hakikatnya adalah sama. Sama-sama bergerak menuju ke sana dan sudah ramai yang telah mendahului kita.
“Dan (dikatakan kepada orang-orang yang tidak beriman): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).” [Al-Quran 36:59]
Pernah kejadian, Abu Sufian dari kalangan Musyrikin dalam peperangan Uhud melaungkan ucapannya kepada orang-orang Islam dengan katanya:
“Peperangan itu silih berganti sama sahaja kamu (Islam) dengan kami (Musyrik). Sekiranya kamu yang benar sudah tentu kamu sahaja yang mendapat kemenangan.”
Oleh yang demikian, apa jua status, kondisi atau keadaan kita, miskin atau kaya, susah atau senang, berusahalah memposisikan diri dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Selain berperanan sebagai penyelamat bagi orang yang memilikinya, iman dan takwa ini juga merupakan sebaik-baik bekalan untuk dibawa pada kehidupan kali kedua sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 197:
Oleh itu, jika kedua-duanya memiliki tingkat ketakwaan yang sama, maka mereka juga layak mendapat darjat kemuliaan yang sama di sisi Allah swt.
Oleh:
Mohd Aziz
Sidang
pembaca yang budiman, di kesempatan ini penulis ingin membicarakan soal
persamaan dan perbezaan. Di sini, penulis bukanlah mahu menghuraikan tentang
persamaan kuadratik yang pernah dipelajari sewaktu menuntut di sekolah menengah
suatu ketika dahulu.
Tidak
juga berhubung persamaan kebezaan separa yang ditelaah ketika berada di menara
gading. Namun, apa yang ingin dibicarakan adalah persamaan dan perbezaan bagi
setiap diri kita yang bergelar manusia.
Persamaan
Para
pembaca yang dirahmati sekalian, tahukah anda sekalian bahawa kita semua
mempunyai persamaan? Persamaan yang penulis maksudkan adalah kita semua sedang
melakukan perkara yang sama.
Baik
anda adalah seorang raja atau sekadar rakyat biasa. Mungkin juga anda seorang
yang kaya raya atau miskin papa kedana. Tidak kira anda tua atau muda, sihat
atau sakit, cacat atau sempurna, kita semua sedang melakukan perkara yang sama.
Kita sebenarnya sedang menunggu untuk mati dan bertemu dengan yang Maha Kuasa, Allah.
Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran surah (al-Jumuah:8, al-A’raf:34, an-Nisa:78) yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,
tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah
yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada
kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)” [Al-Quran 62:8]
“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan, dan tidak dapat pula mereka dahulukan walau sesaat pun.” [Al-Quran 7:34]
“Di mana jua kamu berada, maut pasti akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.”
[Al-Quran 4:78]
Inilah persamaan kita. Sebagai manusia, makhluk ciptaanNya, setuju atau tidak, mahu atau pun tidak, kita terpaksa menelan kenyataan ini bahawa kita hakikatnya adalah sama. Sama-sama bergerak menuju ke sana dan sudah ramai yang telah mendahului kita.
Perbezaan
Sidang
pembaca yang dikasihi, kini sampai pula kita pada perbincangan tentang
perbezaan. Apa pula yang membezakan kita? Status atau pangkat kitakah? Atau
mungkin juga taraf pendidikan mahupun titih keturunan. Semua ada kebenarannya.
Tidak dapat disangkal, sesetengah perkara tersebut memang dapat menjustifikasikan
kedudukan kita.
Namun, hakikat sebenar yang membuatkan kita ini tidak sama adalah keimanan dan
ketakwaan kepada yang Maha Pencipta, Allah. Di dalam Al-Quran, Allah swt telah
menjelaskan perkara ini pada beberapa tempat seperti surah (as-Sajdah: 18,
Sad:8, al-Hasyr:20) yang bermaksud:
“Maka adakah orang yang
beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama.” [Al-Quran 32:18]
“Patut kah kami jadikan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan
di muka bumi? Atau patut kah kami jadikan orang-orang yang bertakwa sama
seperti orang-orang yang berdosa?”
[Al-Quran 38:28]
“Tidaklah sama ahli neraka dan ahli syurga;
ahli syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan”. [Al-Quran 59-20]
“Dan (dikatakan kepada orang-orang yang tidak beriman): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).” [Al-Quran 36:59]
Pernah kejadian, Abu Sufian dari kalangan Musyrikin dalam peperangan Uhud melaungkan ucapannya kepada orang-orang Islam dengan katanya:
“Peperangan itu silih berganti sama sahaja kamu (Islam) dengan kami (Musyrik). Sekiranya kamu yang benar sudah tentu kamu sahaja yang mendapat kemenangan.”
Membalas
ucapan Abu Sufian itu, Rasulullah saw lalu menyuruh Sayidina Umar r.a untuk
melontarkan kata-kata:
“Tidak
sama. Orang-orang yang terbunuh di kalangan kami masuk syurga dan orang-orang
yang terbunuh di kalangan kamu masuk neraka.”
Justeru, keimanan dan ketakwaanlah yang akan membezakan kita. Sama ada kita
berjaya atau tidak atau sama ada kita ke syurga mahupun ke neraka. Ahli-ahli
syurga mendapat kemenangan daripada Allah swt sementara ahli-ahli neraka
mendapat kecelakaan dan azab.
Kesimpulan
Oleh yang demikian, apa jua status, kondisi atau keadaan kita, miskin atau kaya, susah atau senang, berusahalah memposisikan diri dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Selain berperanan sebagai penyelamat bagi orang yang memilikinya, iman dan takwa ini juga merupakan sebaik-baik bekalan untuk dibawa pada kehidupan kali kedua sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 197:
“Hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik
bekalan itu ialah takwa, dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang
berakal.” [Al-Quran
2:197]
Selain
itu, ada sebuah hadis menceritakan kelebihan orang beriman:
Aku takjub dengan perihal
orang yang beriman. Semuanya ada kebaikan. Tidak ada sesuatu kebaikan pun
kecuali ianya untuk orang beriman. Apabila diberikan sesuatu nikmat,dia
bersyukur. Maka itu baik baginya. Apabila diuji dengan suatu ujian,dia akan
bersabar. Maka itu juga baik baginya.
[Hadis Riwayat Imam Muslim]
Imam
Ibn Taimiyyah pernah ditanya oleh murid beliau Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah,
antara orang kaya yang bersyukur dengan orang miskin yang sabar, siapakah yang
lebih mulia? Menjawab persoalan tersebut, Imam Ibnu Taimiyyah lalu membaca
surah al-Hujurat ayat 13:
“..sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan, status, martabat atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya.”
[Al-Quran
49:13]
Oleh itu, jika kedua-duanya memiliki tingkat ketakwaan yang sama, maka mereka juga layak mendapat darjat kemuliaan yang sama di sisi Allah swt.
Sekian.
No comments:
Post a Comment