Pages

Sunday, 18 November 2012

: : Al-Quran Tidak Boleh Silap : :

Mengapa Kitab Tuhan (al-Quran) tidak boleh mengandungi kesilapan?
Oleh: Huda Academy

1. Tuhan sendiri yang menurunkan Kitab-Nya

Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya
kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah kitab suci yang tidak dapat ditandingi. Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.” [al-Quran 41:41-42]

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya (Muhammad), kitab suci al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.” [al-Quran 18:1-2]

“al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa.” [al-Quran 38:28]

2. Tuhan sendiri yang memelihara Kitab-Nya

Tuhan telah berjanji untuk sentiasa memelihara Kitab-Nya. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [al-Quran 15:09]

al-Quran tidak mengalami sebarang perubahan. Ia kekal sebagaimana yang telah diturunkan 1400 tahun dahulu. Tiada penambahan atau pengurangan. Dua daripada manuskrip asal al-Quran yang ditulis 1400 tahun yang lalu masih wujud sehingga hari ini. Salah satunya terdapat di Muzium Topkapi Saray, Istanbul, Turki, manakala satu lagi di Tashkent, Rusia.

Kedua-dua manuskrip asal al-Quran ini adalah sama dengan kandungan al-Quran yang ada di seluruh dunia pada hari ini.

3. Anda boleh memeriksa sendiri Kitab tersebut

Allah swt berfirman:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” [al-Quran 4:82]

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” [al-Quran 2:23]

Allah swt memberi cabaran kepada manusia, untuk mencari kesilapan (dengan memeriksa) dalam al-Quran. Andai al-Quran mengandungi ralat atau kesilapan sudah pasti ianya tidak boleh dikira datang daripada Tuhan. Di sisi lain, ia membawa maksud, andai al-Quran ini datangnya daripada manusia, ia pasti mengandungi kesilapan. Selain itu Allah swt turut memberi cabaran kepada manusia yang ragu-ragu tentang al-Quran untuk mendatangkan satu surah yang sebanding dengannya jika mereka di pihak yang benar.

Terjemahan: Mohd Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...