Pages

Friday, 23 November 2012

: : Mesej Buat Insan Dalam Kesulitan : :

Mesej Buat Insan Dalam Kesulitan (Stress)
Oleh: Sheikh Salih al-Maghamsi



Tuan-tuan yang budiman. Ingin sekali saya berpesan buat kalian yang mengalami ‘stress’ (kesulitan). Ketahuilah, tiada siapa yang dapat menghapuskan penderitaan kalian melainkan Allah. 



Tatkala kalian mempunyai kepercayaan penuh di dalam hati kalian bahawa “tiada siapa yang dapat menghapuskan kesusahan melainkan Allah”, pada masa itu, kalian bolehlah menganggap bahawa penderitaan kalian telah dikeluarkan.

Perkara ini tidak akan berlaku melainkan kalian yakin dengan hati yang mendalam, tiada yang dapat meleraikan kekusutan melainkan Allah. 


Timbanglah dengan sepenuh tumpuan. Andai kalian telah pergi sebelum hilangnya derita, semoga Allah swt merahmati kalian. Ingatlah, bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya tenggelam dan percayalah kalian akan dapat melihat balasan atas kesabaran kalian di alam kubur dan akhirat kelak.

Walau apa sekalipun, sedarlah kalian bahawa Allah swt mampu untuk menghapuskan segala penderitaan dan kesulitan. Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 259:

“Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " lalu ia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". 

Allah berfirman:" (tidak benar), bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; 

Dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. 

[Al-Quran 2:259]

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube ~al-Maghamsi~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...