Pages

Tuesday, 4 December 2012

: : Hoor (Bidadari) : :

Hoor (Bidadari)
Oleh: Dr Zakir Naik

Menurut Al-Qur'an sekiranya seorang lelaki memasuki syurga, beliau akan mendapat hoor, iaitu gadis-gadis cantik (bidadari). Apa yang akan berlaku sekiranya seorang perempuan yang memasuki syurga?

1. Hoor yang disebut di dalam Al-Qur'an

Tidak kurang daripada empat tempat yang berbeza perkataan Hoor disebut di dalam Qur'an. Antaranya adalah:


(1) Surah Dukhan (44), ayat 54 -"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." [Al-Qur'an 44:54]

(2) Surah At-Tur (52) ayat 20 -"Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." [Al-Qur'an 52:20]

(3) Surah Rahman (55) ayat 72- "Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; [Al-Qur'an 55:72]

(4) Surah Al-Waqiah (56) ayat 22 -"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." [Al-Quran 56:22]

2. Hoor diterjemahkan sebagai Bidadari (gadis-gadis cantik)

Ramai penterjemah Al-Qur'an telah menterjemahkan perkataan hoor sebagai bidadari (gadis-gadis cantik) terutama dalam terjemahan-terjemahan bahasa Inggeris (Melayu). Jika hoor adalah Bidadari atau gadis-gadis cantik, maka bidadari tersebut hanya dimaksudkan untuk lelaki. Oleh itu, apakah yang akan berlaku sekiranya perempuan yang akan memasuki syurga?

3. Makna Hoor

Perkataan hoor sebenarnya adalah kemajmukan ahwar (boleh digunakan kepada lelaki) dan juga haura (boleh digunakan untuk wanita) yang menandakan seseorang yang mempunyai mata berunsur hauar iaitu satu sifat khas yang dikurniakan kepada orang cantik, lelaki atau perempuan di dalam syurga.

Al-Qur'an di beberapa ayat yang lain menerangkan bahawa di dalam syurga kelak manusia (lelaki atau perempuan) akan memperoleh azwaj yang bermaksud pasangan-pasangan atau teman-teman yang bersih dan suci (mutaharratun- bersih suci).
Seperti firman Allah (swt) di dalam Al-quran:

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya". [Al-Qur'an 2:25]


sekadar hiasan

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi." [Al-Qur'an 4:57] 

Oleh sebab itu perkataan hoor tidak mempunyai jantina yang khusus.

Mohammad Asad telah menterjemahkan perkataan hoor sebagai pasangan dan Abdullah Yusuf Ali sebagai teman. Oleh itu menurut beberapa sarjana Islam, orang lelaki di syurga akan mendapat satu hoor yang merupakan seorang gadis cantik dengan mata besar dan berkilat manakala orang perempuan di dalam syurga akan memperoleh seorang lelaki kacak dengan mata besar dan berkilat.

4. Wanita akan mendapat sesuatu yang istimewa (luar biasa) di dalam syurga.

Ramai ulama berpendapat bahawa dalam konteks, perkataan hoor yang digunakan dalam Al-Qur'an adalah merujuk hanya kepada wanita kerana ianya ditujukan kepada lelaki. Satu jawapan yang boleh diterima oleh semua orang berkenaan hoor ini adalah jawapan daripada hadis. Di mana soalan yang sama diberikan iaitu sekiranya lelaki dapat masuk ke syurga akan memperoleh bidadari, bagaimana pula jika perempuan?.

Daripada hadis tersebut, jawapan yang diberikan adalah perempuan itu akan mendapat sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga. Ini menunjukkan bahawa perempuan juga mendapat sesuatu yang istimewa (luar biasa) di dalam syurga.

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: www.ilovezakirnaik.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...