Oleh:
Prof. Dr Hamka
“Fauzi anakku!...engkau boleh mencari
kekayaan, bahkan wajib mencari kekayaan..”
“Wang itu barang bundar, ertinya boleh
bergulung, sebab ingatlah bahawa ia bukan kepentingan yang pertama. Saya takut
Fauzi, kalau sekiranya hanya wang yang engkau cari, anak! Padahal
beberapa
perkara yang lebih mahal daripada wang engkau lupakan.
Engklau lupakan budi, padahal di atasnya
tegak kemanusiaanmu; engkau lupakan agama, padahal dengan itulah engkau
berbahtera ke akhirat; engkau lupakan temanmu, padahal di dalam dunia ini
engkau tak sanggup tegak sendiri.
Sehingga kerana itu engkau hargakan harta
lebih daripada harganya, ibarat barang harga serupiah, engkau beli seringgit.
Oleh sebab itu kelak hanya wang yang mengelilingmu; sahabat, agama, budi
bahasa, habis musnah.
Kebanyakan orang kaya yang begini hanya
dikelilingi oleh tukang jilat, tukang puji, tukan sanjung. Ketika mereka
memberi hormat menganggukkan kepala, yang diangguknya bukan wajahnya, tetapi
dompetnya.”
Lihatlah rambut bapa, sudah putih! Sudah
banyak kejadian yang ganjil bapa lihat. Seorang saudagar yang dilonggokkan
Tuhan menjadi kaya, sampai berkedudukan baik benar di Surabaya ini, asalnya
dari Padang.
Ketika dia berumah bagus, berharta banyak,
dia lupa kepada tanah tumpah darahnya.
Di kampungnya orang kampung yang datang ke Kota Surabaya ini hanya sarap di
lantai saja. Malu dia kalau mereka naik ke rumahnya, kerana bukan sekedudukan
dengan dia, hanyalah sekedudukan dengan kulinya, sehingga sekalian orang itu
menjauhkan diri, sehingga ada yang berkata, “Biar dia kaya, toh kita bukan
meminta kepadanya.”
Engkau jangan sampai dihinggapi penyakit
itu, anakku! Kerana setinggi-tinggi melambung, tanah juga tempat kembali. Kalau
sudah begitu perkataan orang kepada kita, tandanya kita tidak masuk daftar
budiman lagi! Kita sangka kita masih di atas, padahal sudah di dalam
kuruk-kuruk tanah.
Sumber: Tuan Direktur
No comments:
Post a Comment